Bun Gula Merah
| Masakan - Roti |
| Share |

Inilah projek meroti ros hari jumaat lepas, saje nak try letak bancuhan gula merah dalam adunan doh roti, Alhamdulillah hasil eksperimen ros berjaya, rasa roti yang lain daripada yang lain, dengan aroma gula merah, kat jepun pun ade gula merah, rupa dan teksturnya same je dengan gula merah kt Malaysia tu, dan dipanggil kuro sato. Dengan rasa seronoknya ingin ros berkongsi resepi bun gula merah ni dengan kawan-kawan semua. Jangan lupa cuba ya, hasilnya pasti tak mengecewakan anda. : )
Bahan-bahanya-sumber resepi ros@jintanmanis.com
180gram tepung roti
50gram tepung gandum
2 sudu besar skim milk@susu tepung
3-4 sudu besar gula merah
100ml susu segar suam@boleh ganti dengan air suam
40gram butter
2 sudu besar gula
1 1/2 sudu kecil yis
50 ml air
1/3 sudu kecil garam
1 sudu kecil bread softner ( boleh ganti dengan 2 sudu besar water roux)
1/3 cawan kismis hitam
Cara-caranya ( uli tangan)
1. Mula-mula masakkan gula merah bersama 50ml air didalam periuk dan kacau sehingga gula merah larut, ketepikan dan sejukkan sebentar.
2. Selepas itu, masukkan bancuhan gula merah dan semua bahan doh dalam bekas adunan kecuali kismis hitam dan uli hingga tidak melekat pada jari. Uli selama 5 hingga 8 minit.
3. Setelah adunan menjadi doh, boleh gunakan tips ini untuk dapatkan doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan beberapa minit, anda akan dapat doh yang elastik.
4. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan kain bersih atau plastik wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. Bahagi doh pada dua bahagian, satu bahagian di campur dengan kismis hitam dan uli sebati.
5. Bahagi kedua-dua doh pada 9 bahagian bun kecil dan susun di dalam acuan petak 18cm, pastikan acuan petak di lenser dahulu dengan butter atau marjerin, biarkan doh naik dua kali ganda dan gilss permukaan bun dengan 1 sudu kecil susu segar+beberapa titikmadu.
KAEDAH LAIN ( menggunakan Bread Maker)
- Masukkan semua bahan kecuali kismis hitam dalam BM dan pilih menu Dough dan tekan ON, tunggu sampai siap di uli, kemudian keluarkan doh dan bahagi doh pada dua bahagian, satu bahagian di masukkan kismis hitam. Boleh terus bentukkan doh bulat-bulat dan susun dalam acuan petak. Biarkan naik dua kali ganda.
5. Akhir sekali bakar pada suhu 170-180darjah selama 20 hingga 23 minit dan sedia untuk dihidangkan panas-panas atau boleh juga disejukkan dahulu atas redai. Selamat Mencuba.

bun gula merah sebelum di bakar

setelah proses pembakaran

ros buat dua versi,satu di biarkan plain, satu lagi letak kismis hitam

yang ni bun gula merah plain

yang ni letak kismis hitam
Nota: Roti ni sangat lembut dan gebu je, bila dah sejuk pun menten je lembutnya, ros sarankan simpan bun ni di dalam bekas bertutup, takpun di dalam plastik, bagi mengekalkan kelembutanya, yang seronoknya anak-anak suke, diaorang ingat bun coklat, sebab warna perang bun ni seakan coklat rupanya apabila siap dibakar. : )| Share |

















Comments
sedap kak, aroma gula merah tu, ros suke, rasa nye lain sikit dari bun yang selalu kita makan tu...ros suke resepi ni heheeee
montok ya kak roti tu, try lah kak, tu ade tips guna tangan tu, sedap tau roti ni kak, gebus lembut dgn aroma gula merah tu..nnt cuba ya kak
makyong ni rajin meroti sbb, makyong suka makan roti kak hehheeheeheh.., sarat tu tak larat jalan je, tp makan ok lagi heheheeee
takyah malu kak, sbb minat n masa lain2 kan, ros ade kesempatan tu buleh buat kak, klu tak rehat je ni, cik abe tak kasi buat keje berat2 dah heheeee
uishh taklah dasat mane, biasa je, buat makan anak beranak buleh lah, bisnes takde...heheehe tak sempat lah...
Wah.. montok2 roti tu. Gula merah membuatkan ia nampak perang dan kulitnya brkilat..
hai, akak tringin.
wow... sedap cicah ngan teh O panas ni.. nyum nyumm.. makan sambil dok kat beranda.. tengok permandangan.. fuhhhhh....
ros,,, sarat2 ni.. rajin benor ko yer... mmmm ape pun.. jaga diri baik2.. ok..
RSS feed for comments to this post.