Roti John Sos Lada Hitam
| Masakan - Roti |
| Share |

Menu brunch pada hari khamis lepas, ringkas namun cukup membangkitkan selera, lagi-lagi dengan sos lada hitam, memang macam roti john kt pasar malam tu, cik abang pun kata sedap, inti dia tu ros letak daging cincang dengan hirisan nugget ayam taufu, baru sedap bila dikunyah.
Bahan-bahanya
3 roti hotdog
2 biji telur
sedikit daging cincang ( daging cincang ni masak tanpa minyak dan tabur sedikit dengan lada sulah, dan nugget ayam taufu yang dicincang halus ( nugget ayam ni goreng dulu)
1/4 biji bawang besar (dipotong dadu)
sedikit kobis dihiris halus
1/2 sudu besar serbuk kari daging
1/2 cawam mix vegetable
garam
lada sulah
sedikit minyak masak
( Untuk sos, ros guna sos lada hitam, sos cili dan mayonis )
Cara-cara
1.Mula-mula pukul telur dengan garpu, kemudian masukkan daging cincang, hirisan nugget ayam, bawang besar, kobis, serbuk kari, garam, lada sulah dan mix vegetable. kacau sebati.
2. roti hotdog di belah dua, ( jgn sampai terputus) dan sapu dengan sedikit marjerin atau butter, ketepikan.
3.Panaskan 1 sudu besar minyak di dalam fry pan. selepas itu curahkan satu senduk campuran telur dan biarkan sebentar, kemudian tekap roti hotdog di atas adunan telur dan biarkan garing.
4. Setelah masak alihkan roti tadi dan tekan sedikit, angkat dan letakkan atas pinggan.
5.Topppingkan inti roti john dengan sapuan sos sos lada hitam, mayonis dan sos cili. Potong roti john pada beberapa bahagian dan sedia untuk dihidangkan. Selamat Mencuba.
untuk resepi sos lada hitam boleh CLICK SINI
untuk resepi Roti Hotdog boleh CLICK SINI ( guna resepi roti burger dan bentukkan bujur)
untuk resepi nugget Ayam Taufu CLICK SINI

makan panas-panas sedap ni

letak mayonis n sos lada hitam banyak-banyak baru sedap

Nota: Kalau takde roti hotdog tu, guna roti putih biasa pun buleh, rasa nye same je, cumanya rupa je lain sikit, sesuai dijadikan menu brunch atau minum petang.
| Share |

















Comments
salam kak fik, oo sane roti byk yg leh makan ya, sini payah lah kak, semua di campur ntah ape2 ntah, ros kena call dulu confirm, tu yang selalu buat sendiri tu..ros feveret roti john ni, selalu je buat
oo yaka selalu beli masa bulan pose, ros pulak suke je makan bila2 mase heeheee
salam kak seri, wah dah cuba ya kare pan tu, ros lam atak buat....budak2 mmg suke kan kak, mak budak ni pun, heheehe btw kak seri trima kasih ya sudi mencuba
properity burger tu pedas sgt kak, yang ni light je, heheehe klu takde sos lada hitam pun takpe kak ijan, guna je sos ape yang ade kt dapur tu, janji sodap
belum bulang puasa pun leh buat emi, buat sarap ke brunch ke heheheeee
mayonis tu kasi leleh lebih sikit kak, baru mengancam jiwa, usha resepi dulu ya kak, nnt nnt leh buat heheeee
nak sikit kak, ni satu ketul roti john ros bagi, buat minum ptg ya kak
adedehh lupe lak nak mention, daging cincang tu ros tumis masak tanpa minyak, letak lada sulah sikit, baru letak dlm adunan telur, jab lagi ros edit balik ya resepi tu, sori ek heheeee
salam kak yat, dtg pagi2 belum bekpes semua nampak sedap hahhahaa, buat lah kak, senang je tu...sodap tauu
akak da try karepan..sedap, lembut ..bile2 boleh buat lagi..anak2 akak suke plak..betol ros ckp garing diluar lembut di dalam..tq ros..
Adus... menjejes air liur kak tengok mayonis leleh2 tu..
Sos lada hitam tu sure buat rasa laaagi umph! akak ushar resipi dlu ;)
RSS feed for comments to this post.