Plain and Choco Banana Bun
| Masakan - Roti |
| Share |

Huhuhu...lepas gian meroti jab, kali ros cuba buat kelainan, tapi takdelah lain sangat, cuma masukkan pisang yang telah dilenyek dalam adunan roti je, yang seronoknye anak-anak laju je makan, yang kakak damia suke yang plain, yang anas pulak suke yang coklat, ros dan abang suke dua-dua hihi...: ) , seperti biasa kalau adunan yang mengandungi sayur atau buah puri ni, roti akan moist dan lembut, bagi ros, pasti ade siaran ulangan nye nanti bun pisang ni, bahan pun senang nak dapat, jangan risau ya, ros tak uli roti kali ni, ros suruh Bread Maker yang uli, ros tinggal bentukkan bulat-bulat je...senang keje.

bun pisang sebelum di bakar
Bahan-bahanya ( sumber resepi ros@jintanmanis.com)
200gram tepung roti50gram tepung gandum
70gram pisang yang telah dilenyek
1 sudu besar susu tepung/skim milk ( x letak pun takpe)
1 1/2 sudu yis
1 sudu besar gula
1 1/2 sudu besar marjerin atau butter
1 sudu kecil bread impover ( boleh ganti dengan 2 sudu besar water roux)
1 sudu besar serbuk koko
sedikit krim coklat nuttella
secubit garam
160ml susu segar ataupun air suam
Cara-caranya ( Jika Uli Tangan)- Doh Roti
1. Satukan tepung roti, tepung gandum, yis, gula, butter dan garam di dalam bekas adunan dan buat lubang ditengah-tengah.
2. Kemudian masukkan susu segar yang telah dicampur dengan pisang yang telah dilecek dan uli rata hingga menjadi doh. Pastikan doh lembut dan elastik, kemudian letak didalam bekas dan tutup dengan plastik wrap. Perap 45 minit hingga doh menjadi dua kali ganda.
Cara lain jika menggunakan bread maker :
-Masukkan semua bahan ke dalam breadmaker, kecuali serbuk koko dan krim nuttella, pilih menu doh dan tunggu sampai doh siap diuli.
3. Keluarkan doh, tumbuk doh untuk membuang udara, uli lagi 5 minit, kemudian bahagi doh pada 2 bahagian , satu bahagian di campur dengan serbuk koko, bahagi doh pada 5 bahagian kecil dan letakkan satu sudu kecil krim coklat nutella sebagai inti, satu lagi bahagian biarkan plain dan bahagi pula pada 4 bahagian, susun berselang seli doh coklat dan plain seperti papan dam di dalam acuan petak 18cm, biarkan naik dua kali ganda, lebih kurang 1 jam.
4. Setelah naik, sebelum di bakar, gliss permukaan bun pisang tadi dengan sedikit susu segar yang telah dicampur dengan beberap titik madu.
4. Bakar dalam oven pada suhu 180C selama 20 minit. Setelah masak, sejukkan atas redai, Simpan roti dalam bekas bertutup untuk mengekalkan kelembutan roti, bun ini akan sentiasa lembut walaupun setelah dua hari. Selamat Mencuba.

choco banna bun ( inti krim coklat nutella)

bun pisang kosong

teksturnya lembut je

Nota: Kalau letak dalam acuan sandwish loaf pun boleh, dan boleh jugajadikan bun pisang coklat sepenuhnya , cuma gandakan sahaja kuantiti serbuk koko tu. Ikutlah selera masing-masing ya.
| Share |


















Comments
Akak teringin sangat nak meroti... tapi tersangatlah tidak rajin untuk menguli... ni tengah cdg2 nak beli bread maker... nak tanye ros lah kalau nak beli bread maker brand mana yang sesuai ya... boleh tak cadangkan brd maker yang bagus... bukan apa... akak takut tersalah beli... mekasih!! tlg jwb komen akak ni ya... betul2 nak tau ni!!!
saje je kak seri, ros buat dua kaler tu, kasi up sikit, heheehe, tp mmg sedap tau, nnt kak seri try ya
jgn give up kak yat, nnt try lagi ya, cari pisang cepat, tak guna byk pisang roti ni, 70gram tu anggaran 1 biji pisang ranum je..saiz biasa, ros suke resepi ni, sedapp
hahahah takyah beli2 klu jadi jiran ros kak, ros kasi pree je heehehehe, suke je ros buat roti ni
3 ketul kak, buleh2...makan camtu je pun sodap kak..buat bekpes...nnt akak try ya
ros kt jepun ni, suraya kt mane? mesia ka? klu mesia ros tak tau sgt jenama ape yang bagus...ros guna jenama national BH101, ade je menu utk uli...nnt suraya tgk ya, btw thanks ya jadi peminat jintanmanis.com...blog yang biasa je ni heheeee
baru akak verangan nak wat..tapi tu pisanag ilekkk...tadi gi kedai, kok luper nak capai si pisang tu.. :)
one fine day, nak cuba jugak..wlpn akak pakai BM kan..selalunya, tak berapa elok jadi roti akak..mungkin akka ada blur kambeng sket..yg jadi mengikut piawaian akak ialah tu roti gula..nak kena practise bebyak agaknya.. :)
Tu dia..gebus..gebus..rotinya..Nasib ros jauh..kalau jadi jiran akak..tak yah beli roti dah akak..beli kat jiran sebelah ja lah jawabnya..ekekekekeke
RSS feed for comments to this post.