Masakan - Roti

Share

Lamanya tak meroti, jumaat petang hari tu ros teringin nak makan roti baru masak, terus ke dapur rebus kentang, bun kentang memang kesukaan kami sekeluarga, terutamanya Anas, laju je dia makan, ros guna susu kacang soya dan ros tambahkan kuantiti kentang lenyek tu, baru sedap, dan ros tak gunakan pun bread improver atau bread softner dalam adunan ni, sebab dah masukkankan telur, bila dah siap bakar tu terus ngap, gebus dan lembut je bun kentang ni, tak rugilah siapa mencubanya. ros dapat dalam dua loyang sederhana, kira banyak jugaklah boleh buat sarapan dan minum petang.

Bahan-bahanya ( ros@jintanmanis.com)

350 gram tepung roti
90 gram kentang ( yang direbus dan dilenyek baru ditimbang)
1 sudu besar susu tepung
1/2 biji telur - tinggalkan sedikit untuk gliss pada permukaan bun nanti.
150ml cecair ( 100ml susu kacang soya+50ml air suam)- susu soya boleh ganti dgn susu segar 1/2 sudu besar marjerin atau butter
2 sudu besar gula
4 gram yis ( 1 1/2 sudu kecil)

sedikit kastard untuk di jalurkan atas bun ni nanti.

bahan untuk kastard
2 sudu besar tepung bird custard
3/4 cawan susu segar
3 sudu besar gula

caranya: ( sos kastard)
1. Campurkan semua dlm periuk dan kacau hingga pekat, guna api perlahan, kacau selalu
jika terlalu pekat tambah lagi sedikit susu, sejukkan dan baru di paip atas bun nanti.

Caranya. ( roti)
1. Jika Menggunakan bread maker (BM) masukkan semua bahan  dan pilih menu Dough dan tekan ON, setelah siap boleh terus dibentuk bebola kecil, kalau tiada BM ,masukkan semua dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan. Pastikan Doh betul-betul lembut.

2. Setelah menjadi doh, boleh gunakan tips ini untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah masukkan doh di dalam plastic, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang elastik.

3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. bahagi doh pada 16, bahagian kecil dah susun di dalam loyang petak atau dulang pembakar. ( pastikan loyang atau dulang pembakar di sapu dahulu dengan sedikit marjerin, bagi memudahkan bun keluar apabila siap dibakar nanti) 

4. Biarkan naik dua kali ganda, akhir sekali gliss permukaan bun dengan baki telur yang ditambah dengan 1 sudu kecil susu segar dan paipkan sos kastard di atas permukaan bun . Bakar pada suhu 180 darjah selama  25 minit. Setelah siap di bakar sejukkan atas redai, dan sedia untuk dihidangkan, Selamat Mencuba.

baru siap bakar ni...

lihatlah tektsur dalamnye yang lembut

sungguh gebus, padat dan enak dimakan

kasi up sikit permukaan bun tu, kilat-kilat

 bun kentang yang penuh khasiat

Nota: Kalau nak permukaan bun kentang lebih berkilat, apabila siap dibakar, terus sapu permukaan bun dengan marjerin atau butter.

Share

 

Comments  

 
-2 #29 mmm 2012-07-19 04:09
telur tu kalu buat sebiji terus ok tak? menjadi tak macam jintanmanis buat? macammana jintanmanis mensetengahbiji kan telur ye? hehe
Quote
 
 
-1 #28 mmm 2012-07-19 04:07
Kalau takde tepung roti, boleh ganti dengan tepung apa ye? tq
Quote
 
 
-1 #27 2011-07-27 09:54
Hi ros,
semalam terjumpa resepi nih waktu cari resepi buat bun kentang. terus salin and cuba kat rumah. jadi cantik cam yang ros tunjuk. terima kasih kongsi resepi yang hebat nih....
Quote
 
 
-2 #26 2011-01-18 18:56
Quoting lieza:
saya baru belajar nak buat roti.nak tanya, yis tu guna yis segera ke?klu yis x segera tu camne rupanya..haha..
maaf la tnya soalan kelakar..baru nk belajar..

salam lieza, klu yis segera tu yis kering, kt mesia jenama mauripan, klu yg tak segera jenis beku, kena aktifkan dulu yis tu, kasi berbuih baru guna, nak senang guna je yis segera ok...slmt meroti ya
Quote
 
 
+1 #25 2011-01-13 15:32
saya baru belajar nak buat roti.nak tanya, yis tu guna yis segera ke?klu yis x segera tu camne rupanya..haha..
maaf la tnya soalan kelakar..baru nk belajar..
Quote
 
 
-1 #24 2010-11-27 08:32
Quoting fiza umisofie:
salam....
sgt selera tgk bun kentang itu.
saya nak amik resepi ni yer...terima kasih share resepi yg berharga ni...suka sangat tau! :-)

sila2 amik resepi tu, slmt meroti ya, ros pun lama tak buat bun kentang ni heheee
Quote
 
 
0 #23 2010-11-26 15:39
salam....
sgt selera tgk bun kentang itu.
saya nak amik resepi ni yer...terima kasih share resepi yg berharga ni...suka sangat tau!
Quote
 
 
-1 #22 2010-11-26 15:01
Quoting umy_ina:
salam.....kena letak pewarna kuning ke? terliur lak plak......... kirim-kirim la skit.. :D

salam...saya tak letak pewarna kuning, tu mmg warna asal
Quote
 
 
-1 #21 2010-11-23 10:06
salam.....kena letak pewarna kuning ke? terliur lak plak......... kirim-kirim la skit..
Quote
 
 
0 #20 2010-11-12 08:46
Quoting Yvonne:
Hi Ros,

Terima kasih atas nasihat Ros. I dah cuba buat bun ni tapi teksturnya tak selembut & warnanya tak keemasan macam bun yang Ros buat tu. Project i fail..hahaha. I akan cuba lagi.

hi yvonne, ur welcome, nnt cuba lagi ya, jgn give up, saya pun byk kali buat baru jadi betul2...good luck ya.. buat roti ni kena selalu , baru mahir...
Quote
 
 
-1 #19 2010-11-11 10:56
Hi Ros,

Terima kasih atas nasihat Ros. I dah cuba buat bun ni tapi teksturnya tak selembut & warnanya tak keemasan macam bun yang Ros buat tu. Project i fail..hahaha. I akan cuba lagi.
Quote
 
 
-1 #18 2010-11-07 18:45
Quoting Yvonne:
Hi Ros,

Bun ni nampak sedap betul. I teringin nak cuba buat bun ni. Nak tanya sikit...kalau guna BM, perlukah i keluarkan doh & ramas-ramasnya untuk dapatkan bun yang lembut atau i terus bentukkan bebola kecil

hi yvonne..
soriya lambat balas mesej ni, i sibuk sikitlah dgn anak 3 org ..hihi, klu you pakai BM, You boleh terus bentukkan bebola kecil aja, tak perlu ramas2, tips ramas2 tu utk yang tiada Bread Maker, slmt meroti ya, good luck, dah siap bagi ros sikit tau, nak rasa
Quote
 
 
-1 #17 2010-11-06 10:54
Hi Ros,

Bun ni nampak sedap betul. I teringin nak cuba buat bun ni. Nak tanya sikit...kalau guna BM, perlukah i keluarkan doh & ramas-ramasnya untuk dapatkan bun yang lembut atau i terus bentukkan bebola kecil
Quote
 
 
0 #16 2010-10-11 21:01
Quoting love2cook:
Hi dear Ros...hru doing there??? How's ur bb doing??? ;)

WOW, sedapnye bun tu Ros!!! I'll never able to make that!

Love came to copy ur apam pisang coklat...hehehe! Will inform U once I dah buat, k?

hi love, ros sihat je ni, baby pun sihat, cuma kakak damia je demam, sila sila copy resepi apam pisang tu, ros dah edit dah, nnt love cuba ya, dah siap bagi ros sikit tau
Quote
 
 
-1 #15 2010-10-11 17:53
Hi dear Ros...hru doing there??? How's ur bb doing??? ;)

WOW, sedapnye bun tu Ros!!! I'll never able to make that!

Love came to copy ur apam pisang coklat...hehehe! Will inform U once I dah buat, k?
Quote
 
 
0 #14 2010-10-11 17:29
Quoting sue:
Salam ros..Gebus ja bun tu..
Akak suka tau bun kentang ni..hehehhehe. ..Tak baik mkn sorang2 tau.. :-*

hahaha kak sue, tak makan sorang2 lah, makan ramai2 ni ngan anak2 heheheh, klu dekat buleh ros kasi kak sue sikit
Quote
 
 
-1 #13 2010-10-11 17:28
Quoting fiza:
sedap n gebu gila bun nya...

heeheheheh, gebus lembut semua ade...heheee
Quote
 
 
-1 #12 2010-10-11 17:28
Quoting mas:
salam ros...cantikkknya bun kentang ros, geram tengok...gebu dan lembut jer...

salam kak mas, trima kasih kata bun ni cantik, ade cun mcm tuan dia tak muahahaha, ros gurau je, nnt ade masa kak mas try ya
Quote
 
 
-1 #11 2010-10-11 17:27
Quoting MamaFaMi:
Tak jumpa pulak spec hitam ma. Maka terpaksalah menatap gambar potato bread Ros ni dengan penuh lara deritanya... huwaa....

salam mama, mama ni ade2 je nak mengusik ros, heheeheh, janganlah derita mama, nnt ade masa mama try ya
Quote
 
 
-1 #10 2010-10-11 17:26
Quoting mummyseri:
salam ros..
sukenya bun dah kluar..
bile2 akak try yek..tak thn nengok gebus je..;)

salam anak murid yang rajin mencuba resepi cikgu heheehe, kak seri, nnt try ya kak, sedap roti bun ni...tambah sikit kentang lenyek tu, baru umpph heheheeee
Quote
 

Add comment


Security code
Refresh