Soft Honey Bun
| Masakan - Roti |
| Share |

Bahan-bahanye
250gram tepung roti
1 1/2 sudu kecil yis
2 sudu besar marjerin/butter/shortening
1 sudu besar susu tepung
2 sudu besar madu
150ml susu segar atau air suam
2 sudu besar water roux
1/2 sudu kecil garam
Water Roux ros buat separuh adunan dari resepi asal.
( resepi asal water roux ni Ros ambil di blog MamaFami`s spicen n splendour) terima kasih ye Mama.
25 gram tepung gandum
125 ml air
caranya-
masukan semua bahan di dalam periuk dan kacau sehingga pekat dengan menggunakan api perlahan setelah pekat angkat dan sejukkan sebelum digunakan, ( bahagi dua kuantiti water roux tadi, dan boleh digunakan utk 2 adunan roti)
Cara-Caranya ( Jika Menggunakan Tangan)- Doh Roti
1. Satukan tepung roti ,marjerin dan garam di dalam bekas adunan dan buat lubang ditengah.
2. Kemudian masukkan susu segar, madu, water roux, di dalam tepung dan uli rata hingga menjadi doh. Pastikan doh lembut dan elastik, kemudian letak didalam bekas dan tutup dengan plastik wrap. Perap 45 minit hingga doh menjadi dua kali ganda.
CARA LAIN:
1.Masukkan semua bahan ke dalam breadmaker, pilih menu dough dan tunggu sampai siap.
2. Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara. Uli 5 minit, kemudian bahagi doh pada 12 bahagian kecil dan letakkan dalam acuan petak dan biarkan naik dua kali ganda lebih kurang 45 minit hingga satu jam.
3. Bakar dalam oven pada suhu 180C ke 170C selama 22 – 25 minit. Gliss mentega pada permukaan roti sejurus dikeluarkan dari oven dan sejukkan atas redai, Simpan roti dalam bekas kedap udara untuk mengekalkan kelembutan roti, bun ini akan sentiasa lembut walaupun setelah dua hari. Selamat Mencuba.


| Share |





















Comments
nak tanya water roux ni sesuai tak digunakan untuk buat pau?
TQ
I have tried your recipe "honey bun"..but my dough become to sticky until I have to add another 50g flour..is it because of too much of water???
Akak memang peminat roti. Selalunya beli aje.. Baru2 ini akak beli oven (Amway)sebab ia boleh uli dan bakar terus.. masalahnya roti jadi keras macam batu bila sejuk walaupun akak dah strictly ikut resipi yang diberi. Apa sebabnya Ros..
water roux nye dalam 3 sudu besar lah, good luck meroti ya
simpan dalam peti ais, kalau buleh lah, buleh tahan 2 hari je
selalu nye sbb tak simpan dlm bekas bertutp, klu buleh letak dlm plastik ye, dan adunan pun kena betul2 uli
nak tanyer pasal roti ...tgok roti2 kat blog akk ne menarik jer...sya selalu gak wat roti ne tp main cmpak2 je ikut resepi mak.kdg jd cantik dan gebu kdg setakat leh mkn jer la..
cuma satu hal kenape roti2 tu keras bile sejuk ye...tgok roti akk tu mcm lembut jer...harap dpt membantu...sekian.
salam asma, boleh simpan water roux tu, klu separuh adunan water roux ni ros guna dua kali, nak amik resepi, sila sila
nak tanya kat ros, water roux tu blh disimpan @ guna habis terus.
resepi ros simple sesgt. benarkan sy ambik resepi2 ros ye...
terima kasih
buat apa nak malu, komen ni bagus je, hehee saya publish kan ya, resepi tako? kuih tako ape ya? tako pandan ke, takoyang ade jagung tu, ros tak buat lagi, sori ya rokiah, yang water roux tu buat sendiri je, utk gantikan bread improver, btw salam perkenalan dari saya ya...terima kasih kerana memberi sokongan pada jintanmanis.com
salam nora, terima kasih ya sudi dtg jengah blog saya yang tidak seberapa ni, saya ikhlas berkongsi resepi dan tips2 memasak,semoga berkat usaha saya ni, ilmu kan lagi berkat bila dikongsi bersama, pada nora, selalu lah lawat blog ni ya, dan promote pula pada kawan2 yan lain...salam perkenalan dari ros ya
name saye rokiah.saye sangat suke dgn ros punye blog ni.ade resepi kat blog ros ni dah saye cube dan yg bestnye menjadi.ros, saye suke makan tako bole tak bagi resepinye.pas tu nak tanye water roux tu kirenye buat sendiri la ye utk gantikan bread improver.jgn publish ye. malu la..
ade niat nak cuba tu, dah kira ok dah tu kak, water roux mmg best kak, takyah guna breadimprover or bread softner dah, roti pun gebus je nnt, gud luck ye kak, nnt dah try bgtau ya
RSS feed for comments to this post.