Doh Asas Roti Manis
| Masakan - Roti |
| Share |

Assalammualaikum WBT dan selamat pagi semua, meroti je kejenya, hari-hari makan roti pun takpe, janji badan tak naik macam roti, adunan roti manis yang selalu ros guna, ros tak letak water roux pun, sebab malas nak buat, jadinya ros ganti dengan bread improver je, dan letakkan sebiji telur, hasilnya lembut dan gebu sentiasa, satu adunan ni boleh buat macam-macam bentuk roti, ros buat bentuk tocang tabur gula, letak mix vege, mix cheese dan sosej, resepi ade kat bawah ni ye, harap tak muak lah tengok hasil roti dari dapur ros : )
Doh Asas Roti Manis
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com
Bahan-bahanya
300gram tepung roti
50gram tepung gandum
2 sudu besar susu tepung@skim milk
3 1/2 sudu besar gula + 1/2 sudu kecil garam
1 biji telur ( tinggalkan sedikit untuk gliss pada roti nanti)
2 sudu besar butter@marjerin
180ml susu suam@air suam
2 sudu kecil yis
1 sudu kecil bread improver@ boleh ganti dengan 2 sudu besar water roux
* untuk gliss*
baki telur+2 sudu besar susu segar@air +beberapa titik madu
sosej yang telah direbus
sedikit gula
mix vegetable dan mix cheese
Cara-caranya ( Doh Roti)
1. Buat doh roti, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan Doh dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.
2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh di dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan, Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 8 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.
3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap atau kain bersih dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.
4. Bahagi doh pada 3 bahagian, biarkan seketika lebih kurang 7 atau 8 minit baru dibentukkan mengikut bentuk yang digemari, ros bentukan anyaman tocang, bulat-bulatkan letak sosej serta tabur dengan mix vegetable, setelah dibentuk, biarkan naik dua kali ganda dan gliss permukaan bun, bakar pada suhu 180 darjah selama 18-20 minit atau sehingga permukaan bun perang.
5. Sejukkan atas redai, dan simpan di atas bekas bertutup bagi mengekalkan kelembutan nya. Selamat Mencuba.
Tips tambahan- sebelum roti dibentuk, bulat-bulatkan kecil kemudian rehatkan doh seketika selama 7 atau 8 minit dan tutup doh dengan kain bersih, masa ni penting bagi mendapatkan bentuk bun yang elok teksturnya , dan juga bagi memastikan permukaan doh licin dan cantik apabila siap dibakar nanti.
- Ros suka campurkan sedikit tepung gandum dalam adunan roti ros kerana ros sukakan rasa padat dalam roti yang dihasilkan, tidak terlalu lampung atau ringan, dan juga kenyang apabila di makan.

roti anyaman tocang yang ditabur dengan sedikit gula

di toppingkan dengan sosej, mix vegetable dan mix cheese

mini bun berintikan sosej yang telah direbus

lembut teksturnya dan manis rasanya, anak-anak pasti menggemarinya
Nota: Jika mahu digandakan adunan tersebut pun boleh,ikutlah jumlah isi rumah masing-masing ya, kalau keluarga kecil macam ros ni, roti dari adunan ni boleh tahan dalam masa 2 hari.
| Share |





















Comments
saya baru je buat roti guna resepi ni
masa baru2 masak mmg sdap n lembut je..
kenapa bila dah lama2 mcm keras ye? tang mana silapnye?tp sedap tu masih ada lagi la huu
saya uli gun BM
saya ruslan pengrajin loyang roti & kue dari bogor
saya mau menawarkan produk loyang saya ke siapa ya?
harap hubungi 085782649947
terimakasih
RUSLAN
salam kak nazrah, nnt dah beli BM meroti ya, uli tangan pun buleh kak, good luck ya
salam kak nur, jgn give up ya kak, nnt try lagi tau, praktis tips2 meroti ros tu, insyaAllah jadi nnt, good luck ya kak
salam hajar, donut tu klu lembik doh nye, ko tambah je tepung, jgn risau, tp kena uli lagi lama sikit lah, kasi sebati n licin pemukaan nye, takpun ko kurangkan air nye, ye, aku dulu lama tak uli tangan tau, tu yang dpt byk tips uli tangan tu, heheeeee
salam kak Mas, nnt akak try ya, sedap gak roti ni, cicah ngan kopi hheeeeee
salam kak nieza, mmg sedap nampak roti kelapa akak tu, rasa nak cubit2 je hheeheh, nak tapau roti buleh2, pilih je mane berkenan ek kak
salam mimiey, usaha tangga kejayaan nnt try lagi tau, biar jadimahir, pastu sure nak meroti jeeee
rajin ke, trima kasih ya, ros mmg minat masak
hi love, klu your kitchen mixer bolehuli doh roti tu pun kira ok gak tau, try lah love, sbb roti ni menguli tu yang penting, lepas tu bakar je dlm oven, sbb BM ros tu pun ros suruh uli je, tak bakar dlm tu pun terus, nnt you pun boleh buka bakery tau
bakery kt dapur usop leh lah kak heheeee
sedap2 kak, tu yang cepat je habis roti ni heheee
salam kayrul,nnt cari tepung roti ya, leh try, sbb klu guna tepung gandum takut keras, tak elok teksturnya
salam ton sori lambat balas, ros guna oven microwave, kuantiti tak taulah brape hehehhe, oven ni byk fungsi, senang pun senang nak guna
RSS feed for comments to this post.