Roti Sosej Mini
| Masakan - Roti |
| Share |

Assalammualaikum WBT dan selamat sejahtera semua, sebenarnya ros dah buat dua tiga jenis roti jugak semenjak ros balik dari jepun hari tu, saje nak kasi family ros makan roti yang baru masak, seronok diaorang, antara roti yang ros buat ialah roti kentang,pizza dan roti sosej mini ni, adik-adik dan anak buah ros semua suke, siap tapau lagi bawak balik rumah masing-masing, resepi seperti biasa je, nanti boleh rujuk kat bawah ni ye, ros gunakan water roux dan telur sebagai agen pelembut.

Roti Sosej Mini
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com
Bahan-bahanya ( untuk doh roti)
300gram tepung roti
80gram tepung gandum
1 sudu besar susu tepung@skim milk
3 sudu besar gula + 1/2 sudu kecil garam
1 biji telur ( tinggalkan sedikit untuk gliss pada roti nanti)
1 1/2 sudu besar butter@marjerin
150ml susu suam@air suam
2 sudu kecil yis
2 sudu besar water roux
* untuk gliss dan topping*
baki telur+2 sudu besar susu segar@air +beberapa titik madu serta sedikit bijan goreng
*untuk Inti roti*
beberapa batang sosej yang telah direbus kemdian dipotong kecil
Cara-caranya ( Doh Roti)
1. Buat doh roti, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan Doh dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.
2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh di dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan, Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 8 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.
3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap atau kain bersih dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.
4. Bahagi doh pada beberapa bebola kecil, biarkan seketika lebih kurang 7 atau 8 minit baru dibentukkan mengikut bentuk yang digemari, ros bentukan pintal, bulat-bulatkan letakkan sosej, setelah dibentuk, susun di atas loyang atau dulang pembakar, biarkan naik dua kali ganda dan gliss permukaan bun dan tabur dengan bijan goreng, bakar pada suhu 180 darjah selama 16-18 minit atau sehingga permukaan bun perang.
5. Sejukkan atas redai, dan simpan di atas bekas bertutup bagi mengekalkan kelembutan nya. Selamat Mencuba.

kecik-kecik je roti mini sosej ni

jemput makan semua, nak rasa boleh cuba ye

lembut sepanjang masa
Nota: Satu doh ni boleh dapat banyak juga, kalau di bentukkan mini@kecil-kecil, senang budak-budak nak makan, bentukkan doh roti ni mengikut selera dan citarasa masing-masing ya.
| Share |



















Comments
tengok la hasil resipi jintan manis kt link bawah ni..
http://eforum.cari.com.my/viewthread.php?tid=299967&extra=page%3D1&page=51
masa susu tengah suam, untuk yis naik lebih cepat, selamat mencuba ya
seronok kan tengok semuanya suka makan roti hasil air tangan kita sendiri..
RSS feed for comments to this post.