Masakan - Roti

Share

Assalammualaikum WBT dan selamat sejahtera buat semua pelawat BSM di JM.Com, dah seminggu lebih ros tak bersiaran, ni semua kerana ketiga-tiga anak ros tak sihat, mula-mula anas demam campak, demamnya belarutan selama 13 hari, kemudian Wazhif dan Kakak Damia pula demam serentak, masa nilah ros rasa tak cukup tangan nak handle, nasib baik adik-adik dan Mak ros menghulurkan bantuan, ber ulang ke klinik kesihatan kerajaan dan swasta, dan Anas siap amik darah lagi, ros takut kalau ade-ade ape2, alhamdulillah darah Anas bersih, tiada sebarang kuman. Hari Jumaat lepas baru semua nya kembali sihat, lega sangat ros rasa.

Di tambah lagi dengan berita Tsunami dan Gempa bumi di Jepun pada 11 March yang lepas, ros risau sangat, al-maklumlah suami ros masih berasa di Osaka, bila dapat call dan berita dari suami rasa gembira sangat, suami ros tidak mengalami sebarang masalah dan kesulitan bagi meneruskan hidup di sana. Emosi pun tak menentu. Minggu lepas memang hati berdebar-debar je, nak mengemaskini blog dan blogwalking pun takde mood, apetah lagi nak menembak gambar makanan, semuanya hambar belaka. Tapi kini semuanya dah kembali normal, InsyaAllah jika tidak terlalu sibuk ros akan cuba updated blog seperti biasa, InsyaAllah.

Berjela-jela pula ros mengarang hari ni, berbalik pada tajuk resepi roti di atas, antara resepi roti putih yang ros rekomen lah, mak, abah dan adik-adik kata roti putih ni lagi sedap dari roti gardenia, ros pun dah buat 2 kali dah, sebab dapat sambutan hangat. Pada yang tercari-cari resepi roti putih yang gebu, lembut dan enak jangan lupa mencuba resepi ni ya.

Nak buat separuh adunan dari bahan di bawah pun boleh, ikutlah bilangan isi rumah masing-masing ya.

Roti Putih Madu Harum Vanila
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

- kuantiti bahan di bawah untuk 1 acuan roti sandwish dan 1 acuan petak 18cm.
Bahan-bahanya ( untuk doh roti)
500gram tepung roti
3 sudu besar madu
2 sudu besar susu tepung@skim milk
3 sudu besar gula
1 biji telur ( tinggalkan sedikit untuk gliss pada roti nanti)
3 sudu besar shortening@lemak sayuran
220ml air suam
6gram yis ( ros guna jenama mauripan)
4 sudu besar water roux
1 sudu kecil garam
beberapa titik esen vanila

* untuk gliss dan topping*
baki telur+2 sudu besar susu segar@air +beberapa titik madu

Cara-caranya ( Doh Roti)

1. Buat doh roti, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan Doh dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.

2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh di dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan,  Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 8 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.

3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap atau kain bersih dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.

4. Bahagi doh pada 2 bahagian, 1 bahagian di bahagi dua dan bulat-bulatkan setiap satu, masukakan dalam acuan sandwish loaf dan 1 bahagian lagi di bahagi pada 9 bahagian kecil dan bulat-bulatkan, susun dalam acuan petak 18cm, Biarkan doh naik dua kali ganda, masa yang diperlukan lebih kurang 40 minit ke 1 jam, gliss permukaan doh dan bakar pada suhu 180 darjah selama 16-18 minit atau sehingga permukaan bun perang.

5. Sejukkan atas redai, dan simpan di atas bekas bertutup bagi mengekalkan kelembutan nya. Selamat Mencuba.

doh roti dalam acuan sandwish loaf sebelum di bakar

dah siap bakar dah, elok je perangnya

doh dalam acuan petak 18cm sebelum proses pembakaran

ros letak inti, kelapa dan nuttella

lihatlah gebu je je tekstur roti ni

amacam tergoda tak? nanti boleh cuba ya

roti yang sungguh harum, lembut dan penuh khasiat

Nota: doh ni kalau nak letak inti ape-ape pun boleh, ikutlah selera masing-masing ya, kalau biarkan plain pun sedap juga, sungguh enak di makan begitu saja.

Share

 

Comments  

 
0 #11 2011-07-19 15:58
roti2 ros mmg gebu dan sgt menggoda...
nk cuba takut x jadi coz pernah buat roti tp x nak gebu mcm roti kt kedai...roti jd padat knape ye....boleh kongsi pengalaman x
Quote
 
 
0 #10 2011-03-25 14:45
As Salam & Selamat Sejahtera,

Memang mengoda semua gambar makanan y ada dlm blog ini,
sejak hari pertama akak melayari blog ini, terus terpikat...in 1 week mesti buka.. nak tengok apa resipi2 baru ...

Cuma aka nak beri suggestion kalau boleh letakan sekali gambar bahan2 y digunakan sebab ada bahan y x pernah guna dan x pernah tahu. Kalau ada gambar mudah cari di kedai@ supermaket.

roti tu .. memang nampak sedap ....
Quote
 
 
0 #9 2011-03-21 19:42
dah cuba dah resepi ni. sedap!

http://ifyousuhmell.blogspot.com/2011/03/honey-and-vanilla-buns.html
Quote
 
 
0 #8 2011-03-21 14:31
salam ros,
Alhamdulillah semua nya selamat..
gebu jer roti tu..rasa nak gigit
kat skrin ni
Quote
 
 
0 #7 2011-03-21 13:59
ahahah ko mmg suke buat orang meleleh air liur ross...:P
Quote
 
 
0 #6 2011-03-21 13:30
salam. ni first time comment kat cni.

nampak sedap sgt roti tu. blhlah nak cuba nnt. :)
Quote
 
 
0 #5 2011-03-21 11:53
salam ros....lama sunggguuuhhh tak jalan2 semua dapur kawan2 masak2...huhuu... memang gebu sungguh roti ros tu...napelah jauh...kalau dekat kan senang..ekekekek
Quote
 
 
0 #4 2011-03-21 09:48
assalamualaikum ... lama betul tak jengah sini.. 2 minggu gak internet down.. some other network cannot be access.. entah la pesal.. harap2 minggu ok la.. :)

amboiii harum betul bau roti tu.. sampai ke puchong ni.. ehehehe.. ade lagi tak? (sambil pegang teh o panas secawan) nak share roti.. ehehehe
Quote
 
 
0 #3 2011-03-21 09:30
Hi Ros, glad to know your Hubby is okey there!

Roti tu cukup menggoda tau! Geram tengok! When are opening a bakery??? I'm still waiting...hehehe!
Quote
 
 
0 #2 2011-03-21 08:26
ros..cantik gebunya roti ros tu....
geramm kak mas tengok..
kak mas copy resepi yer...nak try ni..he..he...cayangg ros..
Quote
 
 
0 #1 2011-03-21 08:19
Salam ros, apa kabar?akak doakan smoga ros sefamily sihat hendaknya..
lama tak dtg uma ros ni..
suke akak tgk roti kt atas tu..smestinya akak x sabar nak cuba..nnt bole mkn dgn seri kaya pandan (dah buat cuma x smpat nk update kt blog)..mmg sedap ros seri kaya tu :)..
Quote
 

Add comment


Security code
Refresh