Roti Doh Asas ( Roti Burger)
| Masakan - Roti |
| Share |

Bahan-bahannya
250 gram tepung high protein/ tepung roti
50 gram tepung gandum
2 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
2 besar tepung susu
1 ½ sudu teh yis
1 biji telur (kecil) - ('tinggal kan sedikit untuk buat gliss pada roti nnt)
2 sudu besar marjerin atau mentega
100 ml susu segar
60 ml air suam
Untuk Gliss
baki telur tadi+1 sudu kecil susu segar+beberapa titik madu ( kilat nnt roti tu)
Cara-caranya
1) Campurkan kesemua bahan kecuali mentega dan uli sehingga menjadi doh. ( Jika Ade Bread Maker masukkan semua bahan dan pilih menu Dough dan tekan ON je) tunggu sampai siap.
2) Kemudian masukkan mentega dan uli lagi sehingga doh menjadi licin dan lembut. Perap doh selama 1 jam.
3) Selepas doh diperap, uli roti sekali lagi dan bahagikan doh mengikut besar yang anda suka.
4) Atur roti yang telah disediakan kedalam loyang empat persegi yang telah dilenser dengan mentega . Perap sehingga roti naik dua kali ganda.
5) Panaskan ketuhar pada suhu 180 darjah. Sapukan roti dengan bancuhan telur dan tabur bijan di atas doh roti burger , akhir sekali bakar selama 18 ke 20 minit atau sehingga kekuningan. Bila roti telah masak keluarkan dari oven dan sapukan dengan mentega cair. Selamt Mencuba.
- tips supaya bijan melekat pada roti, mula-mula gliss roti dengan telur dan tabur bijan, masa baki bakaran ade lebih kurang 10 minit, buka pintu oven dan spray roti tadi dengan air, InsyaAllah bijan tu akan lekat elok je atas roti nanti.


Nota: Variasikan doh asas ini, ikut kehendak masing-masing, nak letak sosej pun boleh, nakbuat jadi roti hotdog pun boleh, ros intikan roti burger ni dengan fillet ayam yang disalut dengan breadcrumbs dan goreng hingga garing, kalau nak cepat guna je daging burger yang sedia ade kat supermarket tu pun boleh, senang keje. : )
| Share |


















Comments
slmt meroti ya , good luck
same-same...trima kasihjuga kerana mencuba
saya dah try roti ni..memang mudah dan sedap..terima kasih ya utk resepi ni!
salam Nisa, slmt pagi, oo dari Arab ya, terima kasih ya sudi berkunjung ke JMC, ros guna berus silicon, tak guna yang berus bulu2 dah, kt jepun ni lagilah was-was nye, alternatif tu tak sure lah nak guna ape, sbb permukaaan roti klu dah kembang mmg lembut kan, tp cuba nisa guna belakang sudu, tp sudu yang kecil lah, dan sapu perlahan, harap dpt membantu ya, tp jgn tekan sgt ya, takut rosak permukaaan doh tu,
isi perut tu yang penting tu kak, kasi padat, tinggi letak hihi, baru leh buka mulut luas2 bila makan, hahahhah, kakyatie sihat ke tu? akak pun rajin gak meroti, geram ros tgk roti akak tau, gebus-gebusss
buleh kak jadi cantik, kena buat selalu, dan pastikan kita gliss roti tu elok2..nnt kilat , cantik je, uli kasi lama sikit, goodluck ye kak, nnt ade masa buat ye
Meh ros tolong urutkan tangan akak ok , mane tau lepas tu, jari jemari tu nak me nguli roti, buat sendiri puas hati kak, nyum nyuum...akak dah sihat ke? jaga diri ok
nak print resepi ni kak, buleh2 , sila sila jgn malu2, nnt dah buat bgtau ye kak, sedap tau roti ni..lembut gebus je, tp jgn simpan lama-lama ye...sehari dua je buleh..kak ayu kt shoutbox tu ade security sikit, click je jawapan maths tu dan tekan send..hihi
ape lagi kak, gi cuit BM tu cepat, panaskan enjin..hihi...nnt dah buat bgtau ye kak, sedap roti burger ni, baut besar2 lagi cepat kenyang hihihi
hihi, ros mmg suke buat roti, suke makan roti, ok kak chik nnt ros letak tips tips camne nak buat roti naik gebus cantik, nnt leh buat rujukan kakchik jugak, buat roti ni kena selalu kak, baru mahir...
heheehe, projek akan datang lagi ganas ni kak, segala buah ros cuba sebagai bahan untuk roti heehehe, tunggu...ape lagi kak, jom kita makan burger same2 hihihi
k ayu cuma nak ucapkan shukurlah, ros dah selamat berpindah kerumah baru..resipi roti ni k ayu mintak izin print ya..daging berger banyak tu..hehe
kakchik ni kalau ada je kawan update blog dengan tajuk ROTI terus je cepat nak klik.
kakchik memang teruja benar kalau resepi dan gambar roti.
nampak best la roti ros tu.
RSS feed for comments to this post.