Masakan - Roti

Share

Assalammualaikum WBT dan selamat pagi semua, labu oh labu, tak habis-habis labu dalam peti ais tu, rasanya kalau letak dalam bun sedap ni, ros terus rebus dan lecek, sambil tu buat water roux, timbang bahan dan mulakan meroti, Alhamdulillah menjadi, gebus, lembut dan sedap roti labu ke-emasan ni, warna pun kuning je cantik, ros toppingkan dengan gula pasir, sekali pandang macam roti naik pula....sesiapa yang ade labu tu , boleh cuba ye, memang tak rugilah letak dalam adunan roti, menjandikan roti lebih berkhasiat, lembut dan berseri warnanya, tanpa sebarang pewarna. Resepi boleh rujuk di bawah ni ye. : )

Golden Pumpkin Bun
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan-bahanya
350gram tepung roti (tepung high protein)
50gram tepung gandum
2 sudu besar susu tepung@skim milk
80gram labu ( rebus kemudian lecek barulah ditimbang)
1 biji telur ( tinggalkan sedikit untuk gliss pada roti nanti)
40gram @ 2 sudu besar shortening@butter@marjerin
1/2 sudu kecil garam
6gram yis atau 2 sudu kecil yis
120ml susu suam@air suam
4 sudu besar water roux@ 1 sudu kecil bread softner @ bread improver
1 sudu kecil baking powder
4 sudu besar gula ( kalau nak manis boleh tambahkan satu sudu besar lagi)

(untuk topping, sedikit gula pasir)

* untuk gliss*
ros guna egg wash dari (baki telur ditambah dengan 1sudu besar air dan beberapa titik esen vanila)

Cara-caranya ( Doh Roti)

1. Buat doh roti, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan Doh dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing, tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan selepas itu boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.

2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh di dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan, Setelah menjadi doh ambil plastik bersih dah letakkan doh di dalam plastik itu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 8 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.

3. Selepas itu perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastik wrap atau kain bersih dan biar doh naik dua kali ganda. masa yang diperlukan lebih kurang 40 minit atau satu jam.

4. Selepas itu,  tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin, uli sebentar dalam 5 minit, selepas itu bahagi doh pada beberapa bebola kecil dan bentukkan bulat, susun dalam acuan petak, buleh juga diletakkan dalam acuan roti sandwish, pastikan bun tidak disusun terlalu rapat, supaya bun boleh naik dengan baik,  biarkan naik dua kali ganda.

Peringatan, acuan petak dan dulang pembakar mesti di alas dahulu dengan baking sheet supaya senang dikeluarkan dari acuan apabila siap di bakar nanti.

5. Gliss permukaan bun dengan egg wash dan taburkan dengan sedikit gula pasir di atas bun, akhir sekali, bakar pada suhu 180 darjah selama 18-20 minit atau sehingga permukaan bun perang.

6. Sejukkan atas redai, dan simpan di atas bekas bertutup bagi mengekalkan kelembutan nya. Selamat Mencuba.

golden pumpkin bun yang cantik warnanya....kuning ke-emasan

bertali gebus...lembut sangat bun ni tau..: )

Nota: Bun labu ini ros sengaja tak letak inti sebab nak cicah dengan teh o atau kopi o, dan boleh juga dibelah dua dan disapu dengan kaya, makin sedap jadinya, sesuai dijadikan menu sarapan atau minum petang, selamat mencuba. Satu lagi resepi roti labu yang pernah ros letak dulu : Resepi soft honey raisin pumpkin bun boleh juga rujuk di SINI ya.

Share

 

Comments  

 
0 #5 azimah 2012-01-27 17:32
tenkiu for the rceipe...memang sedap dan mudah
Quote
 
 
0 #4 azimah 2012-01-27 17:31
memang sedap roti yg ros ajar...ikut resipi ros baru menjadi roti saya...mula2 try guna resipi lain...tersilap paham..tk naik roti...keras ..boleh baling...ehhehe
tenkiu byk2 ros
Quote
 
 
0 #3 2011-09-28 16:52
Weeeeee, cantiknya roti ni Ros...gebusss lembut jer nampaknya...ya la kan, guna labu jadi lembut gak cam guna kentang ek Ros...adeeii dah lama x meroti...bila nak start BM tu eh..sakan berehat...hehe
Quote
 
 
0 #2 2011-09-28 13:51
wah sedapnye..sungguh gebu! geram tengok!
Quote
 
 
0 #1 2011-09-28 13:26
waahhhh..gebunyaa roti tu ros..
kak mas dah lama tak meroti tau..he3
Quote
 

Add comment


Security code
Refresh