Masakan - Roti

Share

Assalammualaikum dan selamat petang semua, semalam ros buat roti sosej gandum penuh, sebelum tu, yis dah kehabisan, dah lah hujan renyai semalam, tapi gagahkan diri jugaklah pegi kedai naik motosikal, semata-mata nak beli yis, terus buat, lama dah tak makan roti baru masak, kat rumah pun ade stok tepung wholemeal, ros letakkan sosej sebagai intinya, mak dan abah pula nak inti kacang merah, satu adunan ni dapat banyak juga, cukup untuk minum petang dan sarapan pagi ini, resepi boleh rujuk kat bawah ni ye, Selamat Meroti buat semua.

Mini Wholemeal Sausage Buns
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan-bahanya ( untuk doh roti)
330gram tepung roti (tepung high protein)
120gram tepung wholemeal
2 sudu besar susu tepung@skim milk
3 sudu besar gula
1 biji telur ( tinggalkan sedikit untuk gliss pada roti nanti)
40gram @ 2 sudu besar shortening@butter@marjerin
1/2 sudu kecil garam
6gram yis atau 2 sudu kecil yis
120ml susu suam@air suam
3 sudu besar water roux@ 1 sudu kecil bread softner @ bread improver
1 sudu kecil baking powder

(Untuk inti-sosej yang direbus dib dan inti kacang merah )

* untuk gliss dan topping*
- sedikit bijan dan ros guna egg wash dari (baki telur ditambah dengan 1sudu besar air dan beberapa titik esen vanila)

Cara-caranya ( Doh Roti)

1. Buat doh roti, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan Doh, kecuali bahan inti dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.

2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh di dalam bekas adunan kecuali bahan topping dan uli hingga tidak melekat pada tangan, Setelah menjadi doh ambil plastic bersih dah letakkan doh di dalam plastic itu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 8 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.

3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap atau kain bersih dan biar doh naik dua kali ganda. masa yang diperlukan lebih kurang 40 minit atau satu jam.

4. Selepas itu,  tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin, bahagi doh pada beberapa bebola kecil dan gentelkan memanjang, lilitkan pada sosej dan susun di dalam di atas dulang pembakar, pastikan bun tidak disusun terlalu rapat, supaya bun boleh naik dengan baik,  biarkan naik dua kali ganda. Peringatan, acuan petak atau dulang pembakar mesti di alas dahulu dengan baking sheet supaya senang dikeluarkan dari acuan apabila siap di bakar nanti.

5. Gliss permukaan bun dengan egg wash, taburkan dengan sedikit bijan, bakar pada suhu 180 darjah selama 18-20 minit atau sehingga permukaan bun perang.

6. Sejukkan atas redai, dan simpan di atas bekas bertutup bagi mengekalkan kelembutan nya. Selamat Mencuba.

- Ros ambil 1/3 adunan tu dan bulatkan kecil, masukkan inti kacang merah, susun dalam acuan petak dan bakar seperti biasa.

roti sosej gandum penuh yang belum di bakar

perang berkilat pemukaanya, harum baru keluar oven

ni pula mini bun berintikan kacang merah, lembutt....

Nota: Aroma Roti yang baru masa dari oven di percayai adalah satu terapi untuk minda, kalau yang minat buat roti tu, memang suke sangat bau roti yang baru masak kan, selain tu, rasa roti nye pun fresh dan menyelerakan.

Share

 

Comments  

 
0 #2 2011-11-02 12:02
salam ros..pekabo..lama x singgah sini..anak2 sihat..ros ni kalau wat roti semuanya gebu gebas...sedap kalu dpt seketul ni
Quote
 
 
0 #1 2011-11-01 20:51
salam ros..akak ambik resepi lah ya ros..suak dgn roti wholemeal ni.:))
Quote
 

Add comment


Security code
Refresh