Masakan - Roti

Share

Assalammualaikum WBT dan selamat pagi semua, petang semalam ros buatkan anak-anak ros mini pizza, kalau pizza saiz biasa pun dia orang suke, inikan pula saiz mini kan, laju je diaorang ni mengankut, letak dalam bekas masing-masing, makan sambil tengok tv, sorang makan dalam 4 ketul jugaklah, kenyang lah tu, resepi nye biasa je, cuma ros tambahkan olive oil dalam adunanye tu, guna juga shortening, kalau takde shortening buleh ganti dengan marjerin ataupun butter, doh ni juga sangat lembut dan senang nak bentuk, kejap je dah naik, bila dah nampak naik 2 kali ganda tu boleh terus bakar ya, kadang2 tu tak sampai pun 40 minit nak tunggu dia kembang, 20 minit pun buleh jadi, bergantung pada kepanasan suhu dalam rumah. Resepi boleh rujuk di bawah ni ya, Selamat Mencuba.

Mini Pizza
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan-bahanya ( untuk Doh)

400gram tepung roti
100gram tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
2 sudu besar skim milk@susu tepung
2 sudu besar gula
1 biji telur
2 sudu besar marjerin ( boleh ganti denga butter atau shortening)
190ml susu segar ( atau air suam)
3 sudu kecil yis - ros guna jenama mauripan
2 sudu besar minyak zaitun@minyak masak biasa

*untuk topping*
sosej yang telah direbus dan dihiris nipis
sedikit crabstick yang dipotong kecil
sedikit taburan keju mozarela@mix cheese
sedikit sos tomato ketchup

( nak tambah mix vegetable pun boleh)

Caranya.

1. Buat doh roti, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan Doh dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.

2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh dan uli hingga tidak melekat pada tangan,  Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.

3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.

4. Bahagi  doh pada bebola kecil dan biarkan sebentar, lebih kurang 8 minit, selepas itu bentukkan doh dah leperkan sedikit, menjadi bentuk mini pizza,  susun di atas dulang pembakar yang di alas dengan baking sheet@kertas minyak, ulang langkah tadi sehingga doh habis, topping kan setiap pizza dengan sosej dan crab stick, piping kan sos tomato ketchup atau sos cili di atasnya, kemudian topping kan dengan keju mozarela.

5. Biarkan naik dua kali ganda lebih kurang 40 minit, bakar pada suhu 180 darjah selama 20 minit ataupun sehingga permukaan mini pizza menjadi perang.

6. Angakt dan sejukkan atas redai dan simpan di dalam bekas bertutup, Sesuai untuk sarapan dan hidangan minum petang. Selamat Mencuba.

- variasi yang boleh di lakukan pada mini pizza.

- Doh ini boleh juga dijadikan donut ataupun burger sambal, ataupun pau goreng yang berintikan kacang merah dan kalau nak tambah sedap lagi, lepas je mini pizza ni masak, kalau takde cheese boleh juga pipingkan dengan sos cili dan mayonis.

mini pizza yang masih panas dan baru siap dibakar

saiz yang kecil dan senang untuk di makan

variasikan rasanya dengan penambahan hirisan crabstick

Nota: Kelembutan mini pizza ni akan tahan lama jika di simpan dalam bekas bertutup, boleh dijadikan menu sarapan atau minum petang, sebab kuantiti yang di hasilkan dari bahan-bahan di atas agak banyak, sesuai untuk keluarga ya isi rumahnye lebih dari 4 orang.

Share

 

Comments  

 
0 #2 ct 2013-02-11 08:34
Alhamdulillah wat semalam mmg jadi 100¢
Tq akak :)
Quote
 
 
0 #1 Zait0n 2012-11-24 13:32
X sbr nk mncba ,tima jsih
Quote
 

Add comment


Security code
Refresh