Masakan - Roti

Share

Assalammualaikum WBT dan selamat pagi semua, lama rasa nye tak meroti, hari tu, tiba-tiba teringin pulak nak makan roti yang baru masak atau roti yang baru keluar dari oven, kt sini winter dah, so jadinya memang lapor jelah, anak-anak pun dok tanya, ummi ade ape ye nak makan, heheehehe, buns ni ros saje je tambah kan yogurt dan ghee, biar lagi berkhasiat dan supaya sumber kalsium nye tu lebih tinggi, hasilnya tak mengecewakan lah, buns yang dihasilkan cukup lembut, cukup gebus, makan banyak pun tak sedar, sebab sedap sangat, kalau isi rumah tak berapa ramai, buleh buat separuh adunan je ye, Selamat Meroti.

Yogurt and Ghee Buns
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan-bahanya
350 gram tepung roti
150 gram tepung gandum
30 gram minyak sapi@ghee
1 biji telur- tinggalkan sedikit utk sapuan pada atas bun nanti.
50gram gula
3 sudu besar plain yogurt@natural yogurt
220 ml susu segar@air suam
6 gram yis( ros guna instant yis jenama mauripan)
2 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil garam
1 sudu besar minyak masak

(untuk topping atasnya ros hanya taburkan sedikit gula)

Cara-caranya

1. Buat doh roti, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan Doh, kecuali bahan inti dan  bahan salutan,  ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.

2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh di dalam bekas adunan kecuali bahan topping dan uli hingga tidak melekat pada tangan, Setelah menjadi doh ambil plastic bersih dah letakkan doh di dalam plastic itu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 8 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.

3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap atau kain bersih dan biar doh naik dua kali ganda. masa yang diperlukan lebih kurang 40 minit hingga ke satu jam.

4.Selepas doh diperap, tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin, kemudian uli doh sekali lagi beberapa minit dan bahagikan doh mengikut besar yang anda suka, ros suke comel-comel jadinya ros buat 20 bahagian kecil. Biarkan ia seketika selama 6 ke 8 minit. Kemudian bulat-bulatkan dan susun di dalam acuan petak, atau dulung pembakar, biarkan naik dua kali ganda, masa yang diperlukan lebih kurang 30 minit atau 40 minit. Gliss permukaan buns dengan baki telur yang dicampur dengan satu sudu besar susu segar atau air, gliss permukaan buns dan taburkan dengan sedikit gula. Panaskan oven suhu 170 ke 180 darjah, bakar buns selama 18 ke 22 minit ataupun sehingga permukaan buns menjadi perang.

5. Setelah masak, sejukkan buns di atas redai dan simpan di dalam bekas bertutup bagi mengekalkan kelembutan nya, sesuai di makan bersama kari ayam ataupun dimakan begitu sahaja, Selamat Mencuba.

buns yang baru siap di bakar

dalam proses penyejukan sebelum di masukkan di dalam bekas

sangat lembut  sedap dimakan begitu sahaja

nak cicah dengan kari daging or ayam pun bo leh

kegebuanye terserlah

- kalau adunan ni banyak boleh buat separuh adunan sahaja, dan selalunye kuantiti buns yang dihasilkan oleh bahan di atas, cukup untuk ros sarapan dan minum petang.

Share

 

Comments  

 
0 #4 mas 2013-01-21 18:03
lama tak mas tak meroti...
gerammm lak tengok roti ros yg gebu gebassss tu...
letak minyak sapi...mesti lagi wangi kan roti tu...
Quote
 
 
0 #3 tihara 2012-12-25 14:35
cantik dan gubu roti ros..mesti best cicah milo
Quote
 
 
0 #2 Ina 2012-12-24 14:44
Salam Ros...sgt gebus itu roti..suka tgk. saya ambil resepi nie ye..
Quote
 
 
0 #1 sue 2012-12-24 13:35
Asslmkum Ros.
Bila lah akak punya roti nak jd gebus cantik mcm ni ya. Next time nak guna tepung roti pulak. :
Quote
 

Add comment


Security code
Refresh