Masakan - Roti

Share

Bahan-bahanya

6 keping roti sandwish

1 biji telur rebus

1 tin kecil tuna flakes ( boleh ganti dengan sardin tin kecil)

sedikit hirisan bawang

4 sudu besar mayonis ( 2 sudu dimasukkan dlm tuna flakes, 2 sudu lagi pada telur rebus)

sedikit lada sulah

beberapa hirisan timun.

Cara-caranya

1. Potong tepi roti , masukkan tuna di dalam bekas kecil, hancur-hancurkan menggunakan garpu, kemudian, masukkan mayonis dan lada sulah, kacau sebati.

2. telur rebus dihancurkan juga menggunakan garpu dan campur dengan mayonis dan lada sulah, pastikan semua nya sebati. ambil satu keping roti dan sapukan dengan inti tuna flakes tadi dan tabur kan atas nya hirisan bawang dan timun.

2. kemudian ambil lagi satu keping roti dan sapukan pula dengan inti telur rebus tadi, lapiskan roti inti tuna dengan roti inti telur rebus dan letakkan satu keping lagi di atas permukaan roti telur rebus tadi, maknanya ade tiga lapisan roti lah. Bahagian atas hanya untuk menutup permukaan roti yang berinti tadi.

3. Potong tiga bahagian atau potong dua je ( bentuk segitita) dan hidangkan, jika mahu gantikan tuna flakes tadi dengan sardin pun lagi sedap, sardin tu buangkan tulang tengahnya, dah hancurkan, perah limau nipis, dan sapukan pada roti seperti langakah di atas. Variasi bagi roti sandwish biasa yang kita buat, anak-anak pasti menggemarinya. Selamat Mencuba.

- sesuai dijadikan menu sarapan atau minum petang.

- untuk menu berpicnic juga.

Nota- Jika bahagian telur rebus mayonis tu mahu letak daun salad pun boleh juga, variasikan sahaja inti sandwish ni mengikut selera masing-masing ye. : )

Share

 

Comments  

 
0 #14 2010-02-10 08:47
Quoting smile@tonsulaim an:
salam ros..ini my favorite jugani, sometimes buat 1 tingkat lagi letak carrot yg dikukus kemudian dilecek hancur+marjerin /mayonis, mmg sedap, budak2 mmg suka dan memang sesuailah buat gi picnic ;-)

wah byknye tingkat kak ton punye sandwish tu, nnt nak cuba lah resepi carrot mayo akak ni, sure creamy ni...terima kasih kak sharing, menu picnic mmg sesuai kan..baru istimewa sikit...
Quote
 
 
0 #13 2010-02-10 08:46
Quoting KakChik:
salam ros. bahaya betul jalan2 malam2 ni, nampak makanan je terasa lapar. nampak pula yg kakchik suka makan, keroncong dah nyanyi dah ni.

kakchik dah makan lom tu? nnt berbunyi lagu lain pulak perut tu, sandwish ni anak-anak ros suke kak, klu ros suke letak salad byk2 hihihi
Quote
 
 
0 #12 2010-02-10 08:28
salam ros..ini my favorite jugani, sometimes buat 1 tingkat lagi letak carrot yg dikukus kemudian dilecek hancur+marjerin /mayonis, mmg sedap, budak2 mmg suka dan memang sesuailah buat gi picnic
Quote
 
 
0 #11 2010-02-10 00:38
salam ros. bahaya betul jalan2 malam2 ni, nampak makanan je terasa lapar. nampak pula yg kakchik suka makan, keroncong dah nyanyi dah ni.
Quote
 
 
0 #10 2010-02-09 20:03
Quoting Kak Ita:
hehehe...rossss....k.ita pn pernah buat cam sandwich bertingkat ni gak. tp sekadar sapu ngan kaya dan mentega+kaya. 3 tingkat gak. simple yet delicious...

sapu kaya n peanut butter pun maveles gak tu kak, ros suke, simple n delicious bak kata akak..hihi..nnt try sardin n telur lak ye kak, sedap gak
Quote
 
 
0 #9 2010-02-09 20:02
Quoting KAKINTAN:
salam Ros...Alhamdulillah kakintan serta keluarga sihat2 semuanya....Ros pun apa kurang nya hari2 masak makanan yg sedap2 belaka....Tahniah juga dengan kejayaan Ros ya...semoga terus berjaya dimasa2 yg mendatang...

terima kasih byk2 atas ucapan tahniah tu, suke sgt, ala menu biasa je ros masak tu kak, sbb ade yang makan kan, tu yang rajin buat tu hihihi
Quote
 
 
0 #8 2010-02-09 20:01
Quoting Sue@Nenie:
Salam ros...
Sukeeee idea ni...len kali boleh cuba

sila sila cuba nenie, ros slalu buat ni menu bekfes n menu gi picnic hihi, baru special sikit kan
Quote
 
 
0 #7 2010-02-09 20:00
Quoting Love:
Hi Ros! Dah lama tak buat sandwich camni! Sll buat bekal time kerja dulu, guna sardin. Hehe. Mmg lagi sedap letak salad kan. Tenkiu for refreshing my mind on what to eat! Okey, gimme some pls. ;)

ros suke guna sardin tu love, letak lada sikit, baru sedap, tp ni menu utk anak-anak, dan kebetulan stok sardin cap ayam takde..tu yang pakai tuna tu...sedapkan sandwish tingkat2 ni, baru syok makan, love nak dua set tak? meh ros wrapkan hihihi
Quote
 
 
0 #6 2010-02-09 19:58
Quoting ummi:
:P salam Ros, waaahh ni semenjak duk rumah bertingkat ni la, menu kuar pun bertingkat jugak eh...hehee, gurau jek...Nampak sempoi je, tp cukup tergoda la pulak :roll:

huhu..gelak je ros baca komen akak ni, menu bertingkat kenalah dgn rumah tingkat2 kami ni, baru sepadan ha hahaha, simple je tu kak, anak2 mesti suke nyeee..
Quote
 
 
0 #5 2010-02-09 16:45
hehehe...rossss....k.ita pn pernah buat cam sandwich bertingkat ni gak. tp sekadar sapu ngan kaya dan mentega+kaya. 3 tingkat gak. simple yet delicious...
Quote
 
 
0 #4 2010-02-09 16:13
salam Ros...Alhamdulillah kakintan serta keluarga sihat2 semuanya....Ros pun apa kurang nya hari2 masak makanan yg sedap2 belaka....Tahniah juga dengan kejayaan Ros ya...semoga terus berjaya dimasa2 yg mendatang...
Quote
 
 
0 #3 2010-02-09 15:40
Salam ros...
Sukeeee idea ni...len kali boleh cuba
Quote
 
 
0 #2 2010-02-09 15:39
Hi Ros! Dah lama tak buat sandwich camni! Sll buat bekal time kerja dulu, guna sardin. Hehe. Mmg lagi sedap letak salad kan. Tenkiu for refreshing my mind on what to eat! Okey, gimme some pls. ;)
Quote
 
 
0 #1 2010-02-09 15:19
salam Ros, waaahh ni semenjak duk rumah bertingkat ni la, menu kuar pun bertingkat jugak eh...hehee, gurau jek...Nampak sempoi je, tp cukup tergoda la pulak
Quote
 

Add comment


Security code
Refresh