Masakan - Roti

Bahan-bahanya.

200 gram tepung roti
50 gram tepung gandum
1 sudu besar butter atau marjerin
140 ml susu segar
1 1/2 sudu kecil yis
2 sudu besar gula ( roti ni kira nya tawar sikit nak tambah 1/2 sudu kecil lagi gula pun boleh)
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil bread improver
1 sudu besar serbuk koko dibancuh dengan sedikit air

Cara-Caranya

1.Masukkan semua bahan kecuali serbuk koko, uli sampai tak melekat pada jari. kalau ade BM tekan On je. (  Penggunaan BM-bila doh dah siap boleh terus bentukkan, skip langkah 2)

2. ( uli tangan) perap doh selama 40 minit. kemudian tumbuk-tumbukkan doh tadi, keluarkan angin.

3.Bahagi doh pada tiga bahagian. satu bahagian masukkan bacuhan koko tadi, kalau telembik buleh tambah sedikit tepung dan uli macam biasa. pastika adunan betul betul sebati ye. warna sekata untuk doh coklat tu.

-Cara Memarblekan Doh-

a) satukan doh yang baki tadi dan terap memanjang. letakkan doh coklat di tengah-tengah.



b)tutupkan keseluruhan adunan tadi



c) potong tiga adunan, jangan sampai terputus ye di bahagian atas tu, dan anyam bentuk tocang.



d) letak dlm sandwish loaf.



e) Biarkan naik dua kali ganda dan bakar pada suhu 160 darjah selama 25 minit atau hingga permukaan nya perang.



4. Akhir sekali, setelah roti masak,  keluarkan dari oven dan sejukkan atas redai. Sedap dimakan begitu sahaja ataupun dicicah dengan Milo ataupun Kopi O, nak sapu krim coklat  ( nuttella) pun sedap juga, kanak-kanak pasti menggemarinya. : )

- roti yang baru di bakar-

- cantik di pandang sedap juga dimakan.-

Nota: Kalau nak ubah coklat ni pada perasa strawberry ke, pandan ke boleh juga, ikut lah selera maisng-masing ye, nak buat bentuk bulat-bulat macam bun pun boleh. : )

 

Comments  

 
0 #10 tuanrumah 2010-02-11 12:26
Quoting Ijan:
cantik sungguh rotimu itew Ros! :-)

thanks kak, ade masa akak leh try ye, letak je perasa ape akak nak, stoberi ke pandan ke, janji ade dua warna hihi..sedap cicah ngan kopi ni kak hihihi
Quote
 
 
0 #9 Ijan 2010-02-11 00:19
cantik sungguh rotimu itew Ros!
Quote
 
 
0 #8 tuanrumah 2010-02-10 13:58
Quoting ummi:
Weeee..cantiknya...peanah wat dulu sblm ada BM..kureng gebuss...nnt akak nk try semula... lgpun mmg best roti ni.

kak, dah ade BM lagi cun hasilnye, lagi elok tekstur roti tu nnt, dah buat bgtau tau, nak makan roti marble coklat kuantan pulak hihihi
Quote
 
 
0 #7 tuanrumah 2010-02-10 13:57
Quoting Kak Ita:
pernah buat dh roti ni...mmg sedap! rupanya pun menawan..

kan, lawa n sedapkan, hihi, akak tak nak buat lagi ke? hi hihi
Quote
 
 
0 #6 tuanrumah 2010-02-10 13:56
Quoting love2cook:
Alamak, cantiknya roti tuh Ros! 8)

cantik dipandang sedap dimakan roti ni Love, takkan tengok je, nak tak? hihihihi
Quote
 
 
0 #5 tuanrumah 2010-02-10 13:56
Quoting nur:
salam Ros,

mmg nampak sedap dan cantik roti tu tapi
knur tak pernah buat...hihihi...bak sepotong sini nak buat sarapan pagi ni.

nak satu slice je ke kak? cukup? hihi, try lah kak, sedap roti ni..takpe nnt akak cuba ye..
Quote
 
 
0 #4 ummi 2010-02-10 12:50
Weeee..cantiknya...peanah wat dulu sblm ada BM..kureng gebuss...nnt akak nk try semula... lgpun mmg best roti ni.
Quote
 
 
0 #3 Kak Ita 2010-02-10 11:16
pernah buat dh roti ni...mmg sedap! rupanya pun menawan..
Quote
 
 
0 #2 love2cook 2010-02-10 10:18
Alamak, cantiknya roti tuh Ros!
Quote
 
 
0 #1 nur 2010-02-10 10:14
salam Ros,

mmg nampak sedap dan cantik roti tu tapi
knur tak pernah buat...hihihi...bak sepotong sini nak buat sarapan pagi ni.
Quote
 

Add comment


Security code
Refresh