Masakan - Roti

Share

Assalammualaikum WBT dan selamat petang semua, Alhamdulilah baru berkesempatan nak menaip resepi english muffins yang ros buat minggu lepas, ros sukekan rasa eglish muffins ni, anak2 makan dengan krim coklat, ros pula letakkan daging burger tengahnye, nak bakar pun tak susah, guna fry pan je, resepi ade dibawah ni ye, selamat mencuba . : )

Yogurt English Muffins
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan-bahanya ( untuk doh roti)
420gram tepung roti
1 sudu kecil garam
2 sudu kecil baking powder
2 sudu besar shortening@butter
1 biji telur 
220ml susu segar suam
6gram yis
40gram gula
2 sudu besar plain yogurt atau natural yogurt


- sedikit cornmeal untuk salut pada english muffins

( ros sukakan english muffin yang teksturnya agak padat seperti roti, jadinye bahan telur dan yogurt itu sangat membantu untuk mendapatkan tekstur yang ros inginkan, selain dari itu, muffin  ini padat dan lembut, makan satu pun dah kenyang )

Cara-caranya ( Doh Roti)

1. Buat doh roti, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan Doh  dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.

2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh di dalam bekas adunan  dan uli hingga tidak melekat pada tangan, Setelah menjadi doh ambil plastic bersih dah letakkan doh di dalam plastik itu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 8 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.

3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap atau kain bersih dan biar doh naik dua kali ganda. masa yang diperlukan lebih kurang 40 minit hingga ke satu jam.

4. Selepas itu,  tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin, terap doh memanjang, ketebalan doh lebih kurang 1/2 inci, kemudian ambil gelas dan tekap pada doh, untuk dijadikan bentuk bulat se akan english muffins. Ulang langkah tadi sehingga semua doh habis, salut setiap muffins dengan cornmeal. Biarkan english muffins naik dua kali ganda, masa yang diperlukan lebih kurang 30 ke 40 minit.

5. Setelah semua english muffins naik dua kali ganda, ambil frypan, dan alaskan fry pan dengan baking sheets atau kertas minyak, gunakan api perlahan untuk panaskan frypan, setelah agak frypan agak panas, kecilkan api dan letakkan eglish muffins tadi di atas baking sheet di dalam fry pan tadi dan biarkan perang permukaan bawahnye nye, masa lebih kurang 8 ke 10 minit, balikan dan masak permukaan satu lagi,  pastikan kedua2 bahagian eglish muffin perang.

6. Angkat dan boleh dibelah dua, apabila ingin dimakan grill sebentar english muffins yang dibelah dua tadi supaya permukaan nya garing, dan bolehlah dimakan bersama jem ataupun letakkan daging burge di dalamnye, Selamat Mencuba.

english muffins yang baru siap dibakar atas frypan

salut dengan cornmel sebelum dimasak atas frypan

setelah dibelah dua, digrill sebentar supaya permukaanye garing

siap untuk disapu dengan jem ataupun butter

letakkan mini daging burger tengahnya

siap english muffins kami dengan homemade daging burger

Nota: Jika nak simpan dan dimakan pada ke esokanya harinya, pastikan english muffins di simpan didalam plastik bersih dan di dalam bekas bertutup.

Share

 

Comments  

 
0 #4 NOR HASHIMAH ISMAIL 2014-07-12 01:06
Assalam kak ros nak tanya cornmeal tu kat malaysia org panggil apa?sebab saya pernah ke beberapa buah kedai bahan kek sekitar kedah, depa tak tau cornmeal ...
Quote
 
 
-1 #3 eda 2014-03-17 08:52
wahhh kak ros , bleh say bye bye to MCD breakfast neh .. TQ Kak sharing !!
Quote
 
 
0 #2 The Blue Gondola 2014-03-08 17:35
Ok, kena cuba arini. Asyik roti biasa or cinnamon roll je..
Quote
 
 
0 #1 Honey Masri 2014-03-05 15:27
Salam Kak Ros,

Eh ni ada je gambar? Dah pulih kembali ke?

Alhamdulillah.....
Quote
 

Add comment


Security code
Refresh