Joomla TemplatesWeb HostingFree Money
Menu Utama
Pengunjung
We have 742 guests online
JMC di facebook
Berehat sebentar..

Gadget dari Jepun

Banner

Roti

Bun Nestum 3 In One

Masakan - Roti

Bahan-bahanya

200gram tepung roti
50 gram tepung gandum
1 paket Nestum 3 in One ( ros guna jenama nesvista)
1 sudu besar skim milk ( susu tepung)
2 sudu besar gula
1 biji telur (3\4 biji telur letak dlm doh bakinya buat gliss pada roti)
2 sudu besar marjerin
100ml susu segar ( atau air suam)
1 1/2 sudu kecil yis
1 sudu kecil bread softner ( tak guna pun takpe)

Caranya.

1. Kalau ade  BM tu leh lah masukkan semua bahan  dan pilih menu Dough dan On je, kalau takde masukkan semua dalam bekas adunan dan uli hingga tak melekat pada tangan.

2. Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.

3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. bahagi doh pada 12 bahagian kecil dah susun atas dulang pembakar. Biarkan naik sekali lagi, glis pemukaan roti dengan baki telur dan tabur sedikit permukaan doh dengan gula.

4. Bakar pada suhu 180 darjah selama 18 atau 20 minit. Setelah siap dibakar glis pemukaan roti dengan marjerin untuk doh lebih berkilat, sejukkan atas redai dan simpan di dalam bekas kedap udara. Sesuai untuk sarapan dan minum petang, satu lagi resepi bun yang berkhasiat untuk seisi keluarga anda.

Nota: Tengoklah tu, bun ros tak naik membulat sangat, tak tau naper, mungkin yis letak sikit sgt kot, ataupun cepat sgt dibakar, tak sempat kembang, hihi, nasib baik lepas bakar tu dia bun ni lembut. tapi bun ni memang penuh serat lah, makan dua tiga ketul pun dah kenyang.

 

Roti Canai Tampal

Masakan - Roti

Roti canai tampal ni menu sarapan kami semalam, roti canai tu ros tak buat, beli yang frozen je, beli masa pergi masjid kt Kobe hari tu, terus shooping makanan halal kt kedai halal depan masjid tu, cari roti prata jenama KAWAN takde, ade yang dari Pakistan je, takpelah janji rupa same. : ), Ros kalau masak roti canai ni selalunye tak suke plain je, mesti nak letak telur dengan bawang, ala-ala  roti telur gitu, kat bawah ni ros sertakan cara-cara serba ringkas macam mana ros buat roti canai tampal ni.

Bahan-bahanya

2keping roti canai segera

2 biji telur

sedikit hirisan bawang besar

secubit garam

Cara-carannya

1. Panaskan frypan dan masukkan 1 sudu besar marjerin/butter ataupun minyak masak, kemudian masukkan roti canai dan biarkan seketika, balik-balikkan sehingga kedua-dua permukaan agak perang.

2. Kemudian koyakkan atau carik di tengah-tengah roti canai menggunakan sudip, dan pecahkan telur di tempat yang dicarik tadi, ( kira kita tampal balik lah dengan telur tu), selepas itu tabur hirisan bawang besar dan masukan secubit garam, biarkan seketika dan balik-balikkan roti canai tadi sehingga pemukaan yang ade telur tadi masak.

3. Sedia untuk dihidangkan bersama kuah kari ataupun sedap juga dimakan begitu sahaja, cara senang, cepat dan sedap, semalam ros cicah roti canai tampal ni dengan korma bebola daging yang dalam tin tu, panaskan je, yang ni pun dari Pakistan. Selamat Mencuba.

-cicah dengan kari bebola daging Maza, pedas jugak masakan Pakistan ni-

Ni pulak menu sarapan kami hari ni, jemput-jemput saku saku fuwa fuwa : )

Nota: Resepi Jemput-jemput tu boleh click kt SINI ya, suke buat jejemput ni rangup kt luar lembut di dalam, anak-anak pun laju je mengankut : ) , sedap cicah dengan sos cili, makan banyak pun tak sedar, leka mengunyah, kalau nak ganti ikan bilis tu dengan udang pun boleh jugak, lagi sedap jadinya.

 

Roti Perancis

Masakan - Roti

-hihi, takde rupa roti perancis pun tu, janji lonjong je-

Bahan-bahanya

200gram tepung roti

80gram tepung gandum

1 1/12 sudu kecil yis

170ml air suam

2 sudu besar olive oil

1 sudu besar marjerin

1 sudu kecil lemon juice

1 sudu kecil garam

Cara-caranya

1. Masukkan semua bahan di dalam bekas adunan dan uli hingga tak melekat pada jari. Kalau ade Breadmaker tekan Dough dan On dan tunggu sampai siap.

2.Langkah seterusnya jika uli tangan, kemudian masukkan dalam plastik bersih dan ramas-ramas doh selama 5-10 minit, keluarkan dan uli lagi beberapa minit di dalam mangkuk adunan. Rehatkan doh sehingga naik dua kali ganda.

3. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh untk keluarkan angin, bahagi doh pada 6 bahagian kecil dan bentukkan lonjong, seperti roti perancis.  biarkan doh naik sehingga dua kali ganda  lebih kurang selama 40 minit atau 1 jam.

4. Sebelum di bakar, potong sedikit di bahagian tengah roti dengan menggunakan pisau tajam atau gunting, sembur dengan sedikit air dan bakar pada suhu 200 darjah selama 20 minit, sejukkan atas redai, dan sedap dimakan bersama sup cendawan ataupun di sapu dengan garlic butter. Selamat Mencuba.

Nota: Roti ini rangup di luar tapi lembut di dalam, semalam seronok sangat sebab roti perancis ros jadi dengan jayanya walaupun rupa tak cantik, lawa je rongga-rongga roti ni, ros amik doh tu sikit dan campur dengan sedikit oregano dan buat pizza, jadilah menu dinner kami malam tadi, pizza, roti perancis dan sup cendawan. Gambar sup cendawan tak sempat posing, sbb terlupa..hihi : )

 

Bun Blueberry

Masakan - Roti

-nampak tak ade bintik-bintik perang atas bun ni, itu ialah serbuk parmesan cheese-

Bahan-bahanya

180gram tepung roti
50 gram tepung gandum
2 sudu besar gula
1 1/2 sudu marjerin
130 ml susu segar
1 1/2 sudu kecil yis
1 sudu kecil bread impover ( seronok sbb baru dapat stok dari mesia)
1 sudu kecil bread softner
2 sudu besar parmesan cheese ( boleh ganti dengan 1 sudu besar susu tepung)

Cara-caranya

1. Masukkan semua bahan di dalam bekas adunan dan uli hingga tak melekat pada jari. Kalau ade Breadmaker tekan Dough dan On dan tunggu sampai siap.

2.Langkah seterusnya jika uli tangan, kemudian masukkan dalam plastik bersih dan ramas-ramas doh selama 5-10 minit, keluarkan dan uli lagi beberapa minit di dalam mangkuk adunan. Rehatkan doh sehingga naik dua kali ganda.

3. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh untk keluarkan angin, bahagi doh pada 9 bahagian kecil dan letakkan di dalam acuan petak 18cm.  biarkan doh naik sehingga dua kali ganda  lebih kurang selama 40 minit atau 1 jam.

4. Gliss pemukaan roti dengan 1 sudu kecil susu+ beberapa titik madu, kemudian paipkan jem blueberry diatas bun,  bakar pada suhu 170 darjah selama 20 minit. Apabila baki pembakaran tinggal 10 minit, tutup permukaan roti dengan alumunium foil, bagi mengelakkan permukaan roti terlalu perang, tutup pintu oven dan biarkan proses pembakaran selesai, setelah masak sejukkan atas redai dan amat sesuai dijadikan sarapan atau menu minum petang, selamat mencuba.

-setelah ditoppingkan dgn jem blueberry-                - baru keluar oven ni-

Nota: Kalau nak tukar jem atas tu dengan jem stawberry ke, jem apricot ke, pun boleh juga, paip je macam biasa, jem tu masukkan dalam plastic bersih, dan lubangkan di hujungnye, basic roti ni dari resepi roti biasaje, cuma ros variasikan. : ) , lembut je sepanjang masa ditambah lagi dengan rasa lemak dari keju dan khasiat susu. Mula-mula ingat nak buat  roti kentang golden yang ade kat rumah kak ika n kak hana tu, tapi malas pulak nak rebus n lenyek kentang, hihi, maka jadilah resepi jem blueberry bun ni, menu minum petang kami semalam dan juga sarapan hari ini.

 

Roti Putih Berkeju

Masakan - Roti

tangan kecik tu tangan kakak damia, tak sabar dah nak makan roti ni : )

Bahan-bahanya
150 gram tepung roti
50 gram tepung gandum
2 sudu besar marjerin
2 sudu besar gula
1 sudu besar susu tepung
110 ml susu segar
1 sudu kecil yis
2 sudu besar cheese powder ( parmesan cheese)
sedikit mozarela cheese untuk ditabur atas roti nnt.

Caranya.

1. Masukkan semua bahan di dalam bekas adunan dan uli hingga tak melekat pada jari. Kalau ade Breadmaker tekan Dough dan On dan tunggu sampai siap.

2.Langkah seterusnya jika uli tangan, kemudian masukkan dalam plastik bersih dan ramas-ramas doh selama 5-10 minit, keluarkan dan uli lagi beberapa minit di dalam mangkuk adunan. Rehatkan doh sehingga naik dua kali ganda.

3. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh untk keluarkan angin, bahagi doh pada 2 bahagian dan letakkan dalam sandwish loaf.  biarkan doh naik sehinggga dua kali ganda  lebih kurang selama 40 minit atau 1 jam.

4. Spray permukaaan roti dengan air kemudian tabur mozarela cheese,  bakar pada suhu 180 darjah selama 25 minit. Apabila baki pembakaran tinggal 10 minit, tutup permukaan roti dengan alumunium foil, bagi mengelakkan keju di atas roti ini masak terlalu perang, tutup pintu oven dan biarkan proses pembakaran selesai, setelah masak gliss sedikit permukaan roti dengan marjerin. Sejukkan atas redai dan boleh dimakan bersama air milo atau kopi, amat sesuai untuk dijadikan sarapan atau minum petang, selamat mencuba.

 

- sebelum di toppingkan dgn keju mozarela-             -setelah ditoppingkan -

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 -siap di bakar, gebu lembut je teksturnya-       -sedia untuk dimakan, siap potong dah-

Nota: Roti putih keju ini mempunyai zat kalsium yang tinggi, sesuai untuk anak-anak anda, kalau takde sandwish loaf nak buat bentuk bun, bulat-bulat pun boleh. : )

 
More Articles...
Search
Ruang Iklan
Jom Jamu Mata
Banner
Akses sejak 1/1/2010
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari ini608
mod_vvisit_counterSemalam8823
mod_vvisit_counterMinggu ini54636
mod_vvisit_counterMinggu lepas63227
mod_vvisit_counterBulan ini213725
mod_vvisit_counterBulan lepas228503
mod_vvisit_counterJumlah8831137
Tetamu JM dari..
Jamu mata seketika..