Joomla TemplatesWeb HostingFree Money

Sayur

Sambal Goreng Jawa

Masakan - Sayur

Ros buat sambal jawa ni hari sabtu lepas, kebetulan dapat fresh tempe dari Kak Tatie, MIL Kak Tatie bawakan, seronok sangat bila dapat makan tempe fresh yang tak difrozenkan ni, rasa pun sedap, ape lagi balik tu terus rasa nak buat sambal goreng jawa, kali ni ros refer resepi dari blog Kak Hana Kanazawa tu, al-maklumlah dia kan pure JAWA, bila belek resepi kak Hana tu rupa-rupanya resepi ni dari Blog Kak Anawahid tu, terima kasih buat kakak berdua ye, sebab berkongsi resepi yang maveles ni, ros buat banyak gak, ade lagi dalam peti ais tu.

- resepi asal dari Blog Kak Anawahid , izinkan ros copy dan kongsikan di JMC ya Kak.

Bahan2nya:-
2 keping tempe - dihiris n digoreng
2 keping tauhu - dihiris dadu n digoreng
2 biji kentang - dihiris n digoreng
tauhu kering n suun ( ikut suka nk bnyk mana ) - direndam n digunting
1 biji bawang besar - dihiris
2 ulas bawang putih - dihiris
5 tangkai lada kering, segenggam udang kering, 1 inci halia n lengkuas - di kisar
2 biji lada merah n hijau - dihiris ( tak letak)
1/2 cawan isi udang ( ni ros tak letak)
hati ayam n pedal - dihiris n digoreng ( tak letak)
1/2 cawan kicap pekat manis
1/2 cawan santan pekat ( ros tak letak)
garam n gula secukup rasa n jika perlu

( ros, jepunkan sikit sambal goreng jawa ni, letak renkon@lotus roots chips serta ros tambah 1 sudu kecil soyu @kicap cair jepun)

Cara2nya:-
1. Tumiskan bhn kisar sebentar n masukkan udang kacau.
2. Masukkan kicap, gaul rata n kemudian masukkan bahan yg telah digoreng terlebih dulu td bersama bwng besar, putih, tauhu kering n suun, kacau lg sehingga semua bhn2 bergaul rata.
3. Akhir sekali masukkan santan pekat, kacau sebentar hingga rata n akhir sekali perasakan dgn garam dan gula.

makan dengan telur dadar pun sedap : )

Nota: Suke letak ikan bilis banyak-banyak dalam sambal ni, bila makan tu terasa lah kerangupan nye, makan bertambah pun tak perasan hihihi : )

Ni baru berkesempatan nak letak card dari kawan maya ros yang baik hati ni, selalu je tinggalkan jejak dekat setiap entry atau shoutmix tu, To Love, Tahniah dan Hepi Anniversary to your blog ya, teringat lagi saat-saat indah berbual dengan Love yang ramah tamah ni....: ) semoga Blog Love2Cook lebih mantap dan maju ya.

 

Kangkung Tumis Belacan

Masakan - Sayur

Resepi yang dialihkan dari rumah lama multiply, sekarang ni belum musim kangkung lagi, jadinya ros pun jamu mata je dengan menu lama ni, letak kat jintanmanis.com sebagai rujukan. : )

Bahan-bahanye ( resepi asal dari Kak Hasue Myresipi, minta halal ya resepi ni kak)
1 ikat kangkung segar
1 tangkai cili merah(nak pedas,bubuh la cili padi ikut citarasa)*
2 ulas bawang merah*
1 ulas bawang putih*
Segenggam ikan bilis/udang kering*( ros guna ikan bilis)
1 sudu makan(atau lebih) belacan* ( belacan tu ros kasi bakar sikit)
Garam dan perasa(ajinomoto) secukup rasa
Minyak masak secukupnya untuk menumis

Cara-cara

1. Potong kangkung mengikut citarasa,bersihkan dan toskan.Bahan2 yg bertanda * ditumbuk hingga hampir lumat
2. Bila minyak sudah panas,tumis bhn2 yg dah ditumbuk tadi dan kacau hingga naik bau atau sedikit kekuningan..
3. Masukkan garam dan perasa. Kacau jap then masukkan kangkung.
4. Gaul rata dan kacau sehingga masak(jgn terlampau masak,x sedap plak) Bagi yg suka berkuah tu,leh bubuh sedikit air dan bila kuah dah mendidih padamkan api..
5. Hidangkan segera dengan nasi panas..

sedia untuk dihidangkan

ni pulak kangkung rebus, cicah dengan budu pastu gaul dengan kuah ikan singgang, sedap...

Nota: Sebenarnya ade dua pasu panjang kangkung yang baru kami tanam, tunggu nak menuai je ni, tapi lambat pulak besarnya, nanti kalau dah boleh dikerat, ros tunjuk lagi menu kangkung ya : )

 

Yude Horenso To Katsuo Bushi

Masakan - Sayur

Menu rebus-rebus je, bagi menglengkapkan menu jepun yang ros buat, kalau beli horenso ros suke buat style macam ni, senang pun senang, tak guna masa lama pun, kiranya makna resepi kat atas tu lebih kurang macam ni lah, bayam rebus dengan hirisan ikan tongkol. ( bonito flakes) yang selalu ditabur atas takoyaki tu. resepi ade kat bawah ni ye. : )

Bahan-bahanya

1 paket horenso ( bayam jepun)

sedikit katsuo bushi ( bonito flakes)

1 sudu kecil serbuk dashi

secubit garam

Cara-caranya

1. Rebus horenso seketika, tak perlu lama, tak sampai seminit pun, angkat dan toskan.

2. Kemudian potong horenso pada tiga bahagian, dan tabur permukaanya dengan serbuk dashi dan secubit garam, akhir sekali tabur dengan bonito flakes dan sedia untuk dihidangkan. Selamat Mencuba.

menu yang sesuai pada penggemar sayur-sayuran

menu sampingan makanan jepun yang ros masak hari tu, ade potato sarada, tamago yaki, saba no soyu yaki,miso shiru dan  nasi jepun.

Nota: Kalau nak tabur dengan goma ( bijan) pun boleh, menaikkan lagi rasa dan aroma pada masakan ni. : ), anak-anak tak suke, ros dengan abang je habiskan.

 

Potato Salad

Masakan - Sayur

Poteto sarada ni adalah salah satu hidangan salad kentang yang popular di jepun, kanak-kanak pasti menggemarinya, rasa salad yang creamy dan kaya dengan pelbagai rasa sayur-sayuran seperti, timun, lobak merah, bawang, sosej dan mayonis. ros dapat resepi ni dari program masakan jepun kat TV tu, nak buat pun senang, kat bawah ni ros kongsikan resepi nya ya : )

Bahan-bahanya

3 biji kentang ( direbus dan dilecek)

1/3 batang carrot

1/2 batang timun

1/4 biji bawang besar

3 sudu besar mayonis

sedikit garam

1 batang sosej ayam ( direbus dan dihiris halus)

Cara-caranya

1. Hiris nipis timun, carrot dan bawang besar, ( ros guna slicer) kemudian gaul sebati dengan 1 sudu kecil garam dan curahkan 1 cawan air, wrap kemas dan ketepikan. Biarkan selama lebih kurang 10 minit.

2.  Setelah 10 minit, tapis sayur tadi bagi keluarkan air, tekan sedikit untuk mengeluarkan air yang berlebihan, di dalam bekas, masukkan kentang yang telah dilecek bersama mayonis, timun, lobak merah dan bawang besar serta sosej, gaul sebati.

3.  Sedia untuk dihidangkan, tak perlu masuk garam atau gula, sesuai dijadikan menu bentou ( bekal) atau di makan begitu sahaja.

- Jika mahu letakkan satu biji telur rebus yang telah dilenyek pun boleh, lagi creamy rasa potato salad ni nanti. Selamat Mencuba.

Nota: Kalau nak dijadikan inti bagi roti pun boleh, letak di tengah-tengah roti hotdog atau roti putih, sesuai jugak, ros pernah try, kalau buat potato sarada ni memang cepat je licinnye, semua suke..: )

 

Kobocha No Ni Mono

Masakan - Sayur

Yang ini pun resepi yang di alihkan dari rumah lama, kabocha no ni mono, kiranya macam labu masak kicap cair jepun lah, ros suke menu ni sebab nya senang nak masak dan sedap, antara menu yang selalu ros buat sebagai bekal untuk abang.

Bahan-bahanya

1/4 biji labu - dipotong dadu saiz besar- (kulit labu jangan semua dibuang.)

1 cawan dashi ( ros guna 2 sudu kecil serbuk dashi dan bancuh dengan 1 cawan air)

1 sudu besar soyu ( kicap cair jepun)

1 sudu besar gula

cara-caranya

1. Masukkan semua bahan dalam nabe ( periuk) dan biarkan kuah agak kering.

2. Pastikan labu empuk baru ditutup api , angkat dah hidangkan, Selamat Mencuba.

Nota: menu ni memang sesuai dijadikan menu untuk bentou ( bekal) sebabnya tak berkuah : )

 
More Articles...
Search
Galeri Olympusku
Jumlah Pelawat dr 1 Jan
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari ini211
mod_vvisit_counterSemalam2599
mod_vvisit_counterMinggu ini11241
mod_vvisit_counterMinggu lepas14280
mod_vvisit_counterBulan ini56418
mod_vvisit_counterBulan lepas51118
mod_vvisit_counterJumlah255725
Jom Sembang
Latest Message: 9 hours, 41 minutes ago
  • fmina08 : ros..nk semangkuk sekrem tmbikai tu...kemecer...ha'ah..agak bz sket lately..tah pape je lah..huhuhu
  • ros-K.Nani : salam kaknani, nak satu bowl buleh2, nnt buat menu berbuka ya :)
  • ros-Deetha : menu ringkas aja tu deetha, nnt sudah dicoba, bagi aku rasa ya :)
  • ros-14sept : salamjiya, naktukar aiskrim buleh2...pink tukar ngan yellow ya...sedap nampak nenas serbat tu...sejukk je masuk mulut nnt ni
  • ros-YatiAli : try kak jgn tak try, bahan senang, nak masak pun tak guna masa byk..slmt mencuba :)
  • ros-fiza : salam fiza,ros sihat je ni, simple je menu makaroni tu, nnt fiza try ya :)
  • nani : salam ros... :D sedapnye.. cedok kan akak semangkok.. tuk berbuka nanti.. boleh ye.. *sambil hulur mangkok kat tangan ros.. :D :D
  • deetha : Aduh Ros, lezat sangat tuh menumu hari ini.. aku esok mau coba makaroni salad tu... tunggu ye.. hehehe
  • 14sept : kak rosss.. kita pon tayang eskrim. tukar jom. ahehehe
  • yatiali : salam ros, akak suka kalau resepi simple mimple ni...harus di cuba...
  • fiza : salam.. apa kahabr dah sihat?? sedap macaroni tue.. take care ok
  • ros-mimiey : salam mimiey, nak resepi yang mane satu tu? copy aja, kakros tak kisah, nnt link kan sekali ok..:)
  • ros-sweetsal : salam kak sal, nak makaroni buleh2, jemput lah amik ya, rasa dulu, nnt klu sedap akak try buat ya
  • ros-K.Hana : aduhh nasi goreng blacan, lama tak buat ni kak, cam tau2 je blacan sabahan dah habis...jiya oh jiya..kena order ngan tauke dia ni heheee
  • ros-K.Mas : nak rasa sikit makaroni tu kak,buleh2 ni ros cedokkan, sedap kan, tak cukup buat sendiri nnt ya heheeee
  • mimiey : slm kak ros..nk mintak ijin ye nk cnp resepi ke blog sy,«link»
  • sweetsal : nk mintak sikit makaroni tu, blm bfast lg ni..hehe
  • hana : salam ros.. nak makaroni ckettt! nih klu perah lemon pong sedap kan! hambik nih nasik goreng belacan.. belacan sabah bahhh... eh konyer dh abes er?? hihihi
  • mas : ros...sedapnya makaroni...nak rasa sikit...
  • lynn hamzah : memang nak try tapi kena tunggu weekend la...sebab hari biasa memang arr x sempat...
  • ros-Deetha : salam deetha, aku sihat aja ni, oo sibuk di kantor ya, mahu aiskrim, ni aku bungkuskan.nnt makan ya :)
  • ros-K.Ummi : salam kak ummi, rajin sebb bahan senang tu kak, tu yang laju je tu, heheeheh nak satu bowl buleh2, jom mkn same2
  • deetha : salam Ros, apa kabar? aku bar sempat kunjung malam2 ni, kemarin2 sibuk sangat :( haduuuuhhh... lirik mata ke kiri ada eskrim :(( aku suka sangat dg eskrim...
  • ummi : Salam Ros..waaah rajin lg tuu..siap wat eskrem..bole la akak tumpang semangkuk..Ros sihat lg ke tu? Take care eh..muaaahhh!
  • ros-K.Hamsin : salam kak hamsini, oo akak pun kena pantau juga ya masak pregnant dulu,dok spital lama2 boringkan kak, tpnakbuat camne kan demi anak dlm tummy tu, ku lakukan ape sahaja
  • ros-K.Izah : ros mmg suke aiskrim kak, mcm2 dah try,hehee, akak bila nak sampai seru buat aiskrim sendiri, tu kak, bahan pun mudah tu, nnt try ya heheehehe
  • HAMSINI : Salam Ros, akak pun pernah alami masalah yg sama cuma takle sampai bleeding. tapi kena dok hospital hampir sebulan.Nasib baik cuti sekolah so takle susah sangat. Cuma kita ni tak boleh aktif sangat....semogasihat sampai sampai masa bersalin...
  • izah : sihat ke ros? huii eskrim..sodapnyee..dah lama teringin nak buat eskrim..tak terbuat jugak lagik..ros dah mcm2 eskrim dah try ek..
  • ros-K.Asma : mengandung ni mmg byk dugaan kak kak, lain anak lain ragamnye, coretan tu utk dikongsi bersama, eskrim ade lagi ni kak,jom makan jom ;)
  • ros-Zanarose : salam ziarah juga, insyaAllah saya akan kunjung balas ya, tunggu
  • ros-K.Nani : slmt berpuasa ya kak, ni ros bawakkan setengah tuppaware, akak simpan dlm freezer ye, nnt nak berbuka akak makan tau
  • ros-lynn ham : kak lynn, nnt try ya, senang sgt2, budak2 mesti suke punye ;)
  • ros-Kamalia : salam kak, hoken tu mmg pentinglah,klu tak, sakit gak tu nak bayar bil spital, akak try lah kak,buat aiskrim suika tu kak, senang je tu
  • ros-K.Yatial : slmt pagi kak yati, aah senang je kak, semudah 1,2,3 nnt akak try ya, sedap pun sedap tau
  • ros-K.Hana : kak, sakit tekak lagi ke,uishh sampai tak sihat, sure pulun byk sgt air batu ni, takpe nnt dah sihat tekak tu leh pulun balik air batu ye, blog dah 2 tahun...masih menten best,cayalah kak
  • ros-aisha : meh la aisha, aiskrim ade sikit lagi ni,meh kita makan same2, tulah aisha part 2 tu rasa lagi hiba nak cerita, sokongan kwn2lah jadi penguat semangat, klu tak mmg nangis je nnt tu
  • kakasma : ros,sebak baca kisah ros nie,tu sbb kita nie bnyk pahalakan..masa mengandung nie mmg bnyk kenangan..tapi sakit tulah penguat semangat kitakan.semoga ros akan lebih tabah dan kuat lepas nie..syukurkan.pengalaman yg mahal nie ros..tapi tengok eskrim tu buat akak tergoda lak..hihihi jaga diri yer
  • zana rose : salam ziarah n kenal..sudi2lah keblog akak ya.
  • Nani : salam ros... wahhh dah buat eskrem tembikai lak dia.. nyumm nyummm... akak posa ni.. last day.. ros simpan kat akak semangkok.. buat desert berbuka nanti ye.. :P :P
  • lynn hamzah : mcm best jer aiskrim tembikai tu alang...nanti nak try la...
  • kamalia : hehehe..lupe plak..sib baik kat sini kena amik insurance kan..sekurang2nye xdela nak kn byr sume tu..bnyak nak kn bayar tu..bestnye ade aiskrim..akak xpenah cube lg buat aiskrim ni..blom rajin la..:D
  • yatiali : salam pagi ros...cam senang jer nak buat ais krim ni.nak cuba gak lah nanti...
  • hana : hah! hambik siap kuor bil lagik! hihihi... yg penting skrg dh sihat alhamdulillah... ross.. akak takleh mkn aiskerim! sakit tekakkk! huwaaaaa... mana taknyer bantai air batu ari2! huh! mencik ar.... thanx yer wish my blog!
  • aisha : salam ros..alahaii sedapp ye aiskrim tu ros..terliur dibuat ye..skrg mmg musim buah kat msia kan.ni duk cr durian kt kedai thai, tkde pulak..hhuhu..sebak je bace coretan part2. masa ros call mlm dlu tu lg saya sebak..alhamdulilla syukur sgt ros dan bb dah stabil..doa moga semua dipermudahkan nanti..insyaALLAh amin..take care ye ros,bykkan rehat tau...muahh
  • ros-Chikmimi : pengalaman yang takd dpt ros lupakan kak, tu yang nak kongsi dgn kwn2 yang lain tu...
  • ros-K.Fmina0 : salam kak, bersyukur sangat2 ni, sebab dah balik rumah, dan plasenta dah naik atas..; )
  • Chik mimi : salam ros alhamdulillah semuanya dah selamat ye ros,ngeri jugak baca citer tu apa-apa pun take care ye ros
  • fmina08 : salam ros...alhmdllh..moga sumanya selamat...
  • ros-K.Zana : salam kak, ros sihat je ni kak, cuma taklarat sangat ni dah sarat..terima kasih ya kak atas doa tu...ros aminkan ya..: )
  • zana : slm ros .. apa kbr.. smga ros sihat n dipermudahkan bersalin nnti..
View archive


Cuaca
Tetamu JM dari..