Masakan - Sayur

Share

Bahan-bahanya

1/6 biji nenas

1 batang timun

1/2 batang carrot

1/4 biji bawang besar

3 biji cili padi

2 sudu besar perahan jus lemon ( nak tukar ngan cuka makan pun boleh)

2 sudu besar gula

Caranya

1. Potong carrot seperti anak mancis, timun, nenas dan bawang besar dihiris nipis, cili padi dimayang halus.

2. Masukkan semua bahan yang telah dihiris di dalam bekas dan gaul bersama air perahan lemon dan gula, simpan di dalam peti ais sekurang-kurangnya 2 jam, sedia untuk dihidangkan. Selamat Mencuba.

Nota: Semalam ros tak guna cuka makan, sbb takde stok, tu yang ganti dengan perahan lemon tu, sedap jugak, tambah lagi rasa masam-masam manis dalam acar nenas ni. timun dan bawang tu pun ros guna slicer je, nak senang keje hihihi. Ros gandingkan acar nenas ni dengan ayam masak madu, memang sesuailah. : )

Share

 

Comments  

 
0 #2 2010-03-02 18:30
Quoting hana:
ros... ko dah makan nenas ros?! ati2 yer! nenas kan tajam.. akak biasa mkn nenas lepas 7bulan ke atas baru berani makan.

thanks kak hana for your concern, sayang akak kt ros ya, heheheehehe, ros celur dah nenas tu kak, pastu make sure takde mata dia, tawakal je makan tu, lagipun buat rasa je semalam, cuit sikit je hehehe,usopyg makan byk heheeee
Quote
 
 
0 #1 2010-03-02 10:01
ros... ko dah makan nenas ros?! ati2 yer! nenas kan tajam.. akak biasa mkn nenas lepas 7bulan ke atas baru berani makan.
Quote
 

Add comment


Security code
Refresh