Masakan - Sayur

Share

Ros makan raita ni dengan kari kepala ikan, tapi ros terbuat cair sikit, hehehe, lain kali kena tambah lagi jumlah yogurt tu, biar pekat baru sedap, resepi ros copy dari myresipi sumbangan Love2Cook, nak tengok kat blog Love pun boleh...thanks ya Love kongsikan resepi salad yang ringkas ni, sedap pun sedap, Izinkan ros kongsikan di JMC ya..: )

Bahan-bahan ( Sekeluarga )

1 biji lobak merah
1 biji tomato
1 biji cili hijau
1 biji cili merah
3 biji bawang merah
5gm daun ketumbar - dicincang
125ml plain yogurt
Garam secukup rasa

Cara-cara

1. Potong dadu - lobak merah, tomato, cili hijau, cili merah dan bawang merah. Masukkan ke dlm sebuah mangkuk.
2. Masukkan yogurt, garam dan daun ketumbar. Gaul sebati.
3. Sedia dihidang... Boleh dimasukkan ke dlm peti sejuk dan dimakan begitu sahaja...

 

Nota: separuh dari Raita ni ros makan macam tu, je, memang sedaplah, kombinasi warna sayur-sayuran pun cantik je.

Share

 

Comments  

 
0 #2 2010-05-02 12:53
Quoting love2cook:
Ros, U made my Hubby's most fav salad! Hari dia balik Mesia, mesti ada raita nih...hehe! ;)

Take care dearie!

thanks to yo Love, sbb sudi share resepi indian salad ni, ros suke tau, nnt nak buat lagi ni, wah hubby nak balik mesia ya, sure seronok tu
Quote
 
 
0 #1 2010-05-01 09:43
Ros, U made my Hubby's most fav salad! Hari dia balik Mesia, mesti ada raita nih...hehe! ;)

Take care dearie!
Quote
 

Add comment


Security code
Refresh