Masakan - Sayur

Share

Kalau buat ikan bakar, ros selalu buat air asam style macam ni, resepi ni Kakyan yang ajar ros, sejak hari tu kalau buat ikan goreng ke ikan bakar ke memang wajib buat air asam tomato ni, senang pun senang, menu kedua kalau malas nak buat sambal belacan.

Bahan-bahanya

1 biji tomato ( saiz sederhana)

6 biji cili padi

1/4 biji bawang besar

2 inci belacan

sedikit garam dan gula

1/3 ( suku cawan) air asam jawa

Caranya

1. Hiris Halus bawang besar kemudian tomato dibahagi dua, separuh di hiris nipis dan separuh lagi dipotong kecil, masukkan tomato yang dipotong kecil tadi bersama air asam jawa, cili padi dan belacan, blender halus.

2. Masukkan bawang besar  dan tomato yang telah dihiris nipis tadi ke dalam air asam, letakkan sedikit garam dan gula, kacau sebati,  sedia untuk dihidangkan sebagai pencicah bagi ikan bakar, Selamat Mencuba.

Nota: Ros gandingkan air asam tomato ni dengan ikan selar bakar berlada, memang sesuailah, makan pun bertambah.

Share

 

Comments  

 
0 #12 2010-12-16 15:38
Quoting momma:
makan pun bertambah-tambah la jawabnya :P

betul tu,,,,sedappp
Quote
 
 
0 #11 2010-12-14 15:26
makan pun bertambah-tambah la jawabnya
Quote
 
 
+1 #10 2010-05-27 18:33
Quoting tiha:
kalau belah utara..kitorang tambah kerisik, baru kick bila cicah ngan perut lembu or ikan bakar..awwww

oo tambah kerisik ya, nnt ros try, thanks ya tiha atas tambahan bahan tu...
Quote
 
 
+1 #9 2010-05-27 18:32
Quoting love2cook:
Hi Ros, hru doing? Never had Air Asam Tomato b4...:)

ape kata love try nnt, mane tau kena ngan selera love,ros sihat je, trima kasih ya bertanya khabar
Quote
 
 
-1 #8 2010-05-27 18:31
Quoting fiza:
salam .. k ros.. nasib baik la fiza dah makan tomyam mlm nie.. kalau tak mahu kuar g cari ikan ... thanks for this simple recipe...

salam fiza, same-same, ros pun blajar dari kawan ni hehehehe..sedap dan simple je
Quote
 
 
0 #7 2010-05-24 20:22
kalau belah utara..kitorang tambah kerisik, baru kick bila cicah ngan perut lembu or ikan bakar..awwww
Quote
 
 
0 #6 2010-05-24 07:33
Hi Ros, hru doing? Never had Air Asam Tomato b4...:)
Quote
 
 
0 #5 2010-05-23 21:44
salam .. k ros.. nasib baik la fiza dah makan tomyam mlm nie.. kalau tak mahu kuar g cari ikan ... thanks for this simple recipe...
Quote
 
 
0 #4 2010-05-23 16:16
Quoting fmina08:
ermmmm..nyummy!!!

salam kak, masak ape hari ni, tak masak lagi meh amik ikan dgn air asam tu, akak masak nasi je ye hihihi
Quote
 
 
0 #3 2010-05-23 16:16
Quoting Yat Maria:
Air asam mamang kena ngan ikan goreng or bakar..tak der lauk lain ok k..kalo ada ikan bakar ngan air asam nih..selera kan...kan.... :P

betul kata kak yat tu, lauk ni je pun berslera bila makan, tu yang kena buat selalu tu, hihihi
Quote
 
 
0 #2 2010-05-23 15:39
ermmmm..nyummy!!!
Quote
 
 
0 #1 2010-05-23 13:13
Air asam mamang kena ngan ikan goreng or bakar..tak der lauk lain ok k..kalo ada ikan bakar ngan air asam nih..selera kan...kan....
Quote
 

Add comment


Security code
Refresh