Kerabu Daun Selom
| Masakan - Sayur |
| Share |

Assalammualaikum WBT dan selamat petang semua, hari ni seperti yang dijanjikan dan dijadualkan, ros buat kerabu daun selom, lama tak makan, tu yang teringin nak buat tu, bahan-bahan pun semua dah ade, kerabu daun selom ni amat popular di negeri sembilan, ade juga orang panggil urap daun selom, nak buat pun mudah, dan rasanya cukup sedap dan menyelerakan, resepi ni ros dapat daripada jiran-jiran ros yang memang sudah expert buat kerabu ni, terima kasih ros ucapkan, dan ros panjangkan di sini pula.
Kerabu Daun Selom @ Urap Daun Selom
sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com
Bahan-bahanya
1 ikat daun selom
3 sudu besar udang kering ( basuh dan rendam sebentar)
1 ulas bawang putih
segengam tauge yang dibuang ekornya
1/2 inci belacan yang sudah dibakar
secubit garam
1/2 biji kelapa parut
2 biji limau kasturi
sedikit kunyit serbuk
5 biji cili padi
cara-caranya
1. Sangai ( goreng tanpa minyak) kelapa parut bersama sedikit kunyit serbuk sehingga sedikit kering, tapi jangan sampai perang, masa yang diper untukkan lebih kurang 10 minit, mesti kacau selalu.
2. Kemudian hiris sederhana daun selom, jangan terlalu besar atau halus, ketepikan, selepas itu tumbuk cili padi, belacan, udang kering dan bawang putih hingga lumat. Masukkan bahan tumbuk dan kelapa parut di dalam bekas dan kacau sebati.
3. Selepas itu masukkan daun selom, tauge, dan perahan limau kasturi, serta sedikit garam, kacau mesra. Sedia untuk dihidangkan. Selamat Mencuba.
Variasi kerabu daun selom
- kelapa parut tidak perlu di sangai, masukkan terus dalam kerabu.
- boleh juga masukkan sedikit bawang besar atau bawang merah yang telah dicincang halus.

sedia untuk dihidangkan

makan macam tu je pun dah sedap

Nota: Tahap kepedasan boleh dilaraskan mengikut ketahanan dan selera masing-masing serta bahan-bahan asas untuk membuat kerabu daun selom ini juga boleh diubah dan ditambah mengikut bilangan isi rumah. Tidak rugi mencubanya. : )
| Share |

















Comments
salam kak eina, sesekali buat mmg terangkant kan heheeee
buat kak sofea, jgn tak buat
kak naz pun suke ye, same lah kita, urap lagi femes namananya kan, saje je letak kunyit serbuk tu kasi up sikit rupanye heheeee
ros pun suke kak, tak makan nasi pun takpe, makan ni je heeheheeee
kak mas suka....
RSS feed for comments to this post.