Masakan - Sayur

Share

Assalammualaikum WBT dan selamat petang semua, hari ni ros nak berkongsi resepi biasa je, masak lemak labu manis, labu ni dah lah murah, manis pulak tu isinya, buat masak lemak, makan pulak dengan ikan masin, sedap...cara masak sama je dengan masak lemak sayur yang lain cumanye ros tambahkan hirisan daun kunyit supaya lebih harum. Di bawah ni ade resepinye. Tidak lupa juga di sini ros gantungkan dua award yang ros terima tempoh hari, terima kasih tak terhingga pada Hajar dan Lavender Lady kerana sudi memberi ros award yang cantik lagi cute ini, sayang semua.

Masak Lemak Labu Manis
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan-bahanya
1/4 biji labu manis ( saiz sederhana)
sedikit ikan bilis yang ditumbuk kasar
1 helai daun kunyit yang di carik kasar
sedikit hirisan bawang besar
1 ulas bawang putih ( dihiris halus)
2 cawan santan
sedikit hirisan lada merah
sedikit garam

cara-caranya
1. Labu manis di potong beberapa bahagian, jangan terlalu kecil atau besar, potong bentuk kiub. Di dalam periuk masukkan santan,  hirisan bawang besar, bawang putih dan ikan bilis. kacau sebati, biarkan agak mendidih baru masukkan labu.

2.Selepas labu empuk, masukkan pula daun kunyit, kacau lagi, sesuaikan rasa, masukkan sedikit garam, biarkan beberapa minit, tutup api dan sedia untuk dihidangkan bersama nasi panas dan nak lagi sedap hidangkan dengan ikan masin. pasti menambat selera.

award dari Hajar German Catatan Dari Deutschland

Award dari Lavneder Lady

Nota : Mintak maaf pada hajar dan lavender lady sebab lambat ros collect award ni, ros dah letak dah kat JM.Com, berseri-seri dinding blog ros ni, terima kasih sekali lagi ya.

Share

 

Comments  

 
0 #2 2011-07-22 15:50
ros...kak mas datang nak ngendeng labu tu...
dah bawa mangkuk ni...
Quote
 
 
0 #1 2011-07-22 14:54
hehehe time kasih ros sbb sudi gantung kat jintanmanis yg kiut cm orangnye tuh..hhihi
Quote
 

Add comment


Security code
Refresh