Masakan - Sayur

Share

Sumber Resepi dari Kak Minami Myresipi- terima kasih banya-banyak kak Minami atas resepi yang ringkas dan menetapi citarasa ni, memang rasa sebiji lah rasa kuah yong tau fu dekat Pasar Malam tu, hilang teringin nak makan walaupun di rantauan. : )

Bahan-bahanya

10 tangkai cili kering
gula melaka atau kurozato
bijan goreng
gula (kalau kurang manis)
1 s.k garam
3 cm belacan
300 ml air
1 sudu besar minyak ( ros guna goma abura- minyak bijan)- lagi wangi kuah ni nanti.
1 1/2 s.b tepung jagung dibancuh dgn 50 ml air ( ros guna katakuriko-tepung kentang)
sedikit ajinomoto

Bahan Pelengkap Yong Tau Fu

4 batang sosej yang telah direbus

3 batang chikuwa

kanikama- crabstick

kankung yang direbus

Bebola ikan

Fishcake

dan lain-lain.

Cara-caranya

1. Masukkan minyak dalam kuali. Goreng cili kering sehingga garing dengan api yang kecil.

2. setelah garing, angkat dan blend cili kering dgn sedikit air.

3. panaskan air bersama gula melaka. Masukkan cili yang telah dikisar tadi dan juga belacan.

4. setelah mendidih, masukkan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah.

5. masukkan garam, ajinomoto dan gula (jika gula melaka kurang manis).

6. masukkan bijan goreng dan siap untuk dihidang bersama chikuwa, kanikama dan lain-lain.

- pelenkap menu yong tau fu, sayur dan fish ball yang telah direbus-

- sebelum ditabur bijan-

- setelah ditabur bijan, lagi tambah menyelerakan..-

Nota: Bahan kuah tu untuk 5-6 orang, kalau nak buat separuh adunan pun takpe, tapi kalau buat sekali gus boleh simpan dalam peti ais, nanti kalau nak makan panaskan je. Ros memang sarankan guna minyak bijan lah, pengganti minyak masak tu, sebab kuah akan jadi lebih sedap dan wangi.

Share

 

Comments  

 
+1 #17 ROZILA BASRI 2012-08-05 20:25
Memang seeeeedap. Baru cuba masak. Terima kasih kerana bagi resepi ni. Moga ilmu yang diberi mendapat keberkatan.
Quote
 
 
0 #16 Murshid 2012-01-26 05:11
terima kasih kongsikan resepi ni...
Quote
 
 
0 #15 Murshid 2012-01-26 05:09
salam,
terima kasih kongsikan resepi ni, tringin rasa nak makan bila dok kat perantauan ni... minta nak ambik idea ye... Terima Kasih
Quote
 
 
0 #14 fenny 2012-01-25 11:16
gula merah tu xder sukatan ker?
Quote
 
 
-1 #13 nur alesya 2011-11-28 20:41
sy nak cube jugak,nampak mcm sedap je
Quote
 
 
0 #12 Shima 2011-11-24 18:40
Mmg sedap. Dah buat 3 kali. Suami n ank2 pun suka, cuma nak kena kurangkan pedas, mklmler, ank2 punya taste
Quote
 
 
0 #11 2011-05-09 16:30
kat JB nyer yongtaufu mmg dgn sup. nak yg kuah sambal nie, saya prnah jumpa kat dataran bandaraya. makan dgn hb. sajer gatal pi try booth tu sbb tulisyong taufu KL. mmg kl nyer sambal laa. irg jb lg suka yg sup laa jugak..
Quote
 
 
+2 #10 2010-04-30 13:57
Quoting bqis:
:sad: sedapnyer...teringin sesgat nak mkn nii..almaklumlaa pmbawakan budak..nak bli siap kat jb niii dah puas cr x der pon jual..so nak try laa buat..janji lpas kempunan... :lol:

eh kt JB takde, takpe bqis, try buat sendiri ye, buat sikit je tau, setengah dari adunan tu, buat rasa dulu ok
Quote
 
 
0 #9 2010-04-29 17:13
sedapnyer...teringin sesgat nak mkn nii..almaklumlaa pmbawakan budak..nak bli siap kat jb niii dah puas cr x der pon jual..so nak try laa buat..janji lpas kempunan...
Quote
 
 
0 #8 2010-02-12 15:28
Quoting love2cook:
Uish, I love Yong Tau Fu!!! Ros, mintak sikit...

Tukar ngan Chicken Steak Love...ok tak??? hehehe!

ok je love, mmg menawan hati ros tgk chicken steak love tu, nak tukar buleh sgt, ros tunggu ni..hihihi
Quote
 
 
0 #7 2010-02-11 23:37
Uish, I love Yong Tau Fu!!! Ros, mintak sikit...

Tukar ngan Chicken Steak Love...ok tak??? hehehe!
Quote
 
 
0 #6 2010-02-11 17:15
Quoting Sue@Nenie:
Salam Ros...hari ni kite tak masak..ngendeng YTFoo sini jelah...Ddah lama tak makan ni...fish cake fish ball bagai lebihan steam-boat duk berbaki lagi kat esbox tu....kalau rajin bolehlah buat kuah niiii

semoga nenie, merajinkan diri buat kuah tu, senang je bahan dia kan...letak kangkung rebus byk2 lagi sedap woo..hihi
Quote
 
 
+1 #5 2010-02-11 17:14
Quoting nur:
salam ros,

yong tau fu...ish mmg febret knur..suka
sekali...knur suka yg berkuah sup..yg kering tak reti nak makan...hihi..boleh cuba juga lah resipi ros ni.

ros pulak tak reti yang makan ade kuah tu kak, cam sup ye rasa dia, hihi, byk style gak ytf ni kan hihi, try lah kak, kuah pekat ni best gak hihi, ros sukeeeee
Quote
 
 
0 #4 2010-02-11 17:13
Quoting smile@tonsulaim an:
hmm..nampak menyelerakala ros..dok di perantauanpun tak terasa bila semua yg ada kat malaysia boleh dimasakkan?? ;-)

hihi, tulah kan kak, nak makan seribu daya ros buat, hihi, wlupun sure ade bahan yang tak cukup janji ade rupa n rasa sikit pun jadilah..hihihi
Quote
 
 
0 #3 2010-02-11 15:41
Salam Ros...hari ni kite tak masak..ngendeng YTFoo sini jelah...Ddah lama tak makan ni...fish cake fish ball bagai lebihan steam-boat duk berbaki lagi kat esbox tu....kalau rajin bolehlah buat kuah niiii
Quote
 
 
0 #2 2010-02-11 15:37
salam ros,

yong tau fu...ish mmg febret knur..suka
sekali...knur suka yg berkuah sup..yg kering tak reti nak makan...hihi..boleh cuba juga lah resipi ros ni.
Quote
 
 
0 #1 2010-02-11 15:19
hmm..nampak menyelerakala ros..dok di perantauanpun tak terasa bila semua yg ada kat malaysia boleh dimasakkan??
Quote
 

Add comment


Security code
Refresh