Joomla TemplatesWeb HostingFree Money

Snek/Makanan Ringan

Kembali Bersiaran dan Jagung Rebus

Masakan - Snek/Makanan Ringan

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Assalammualaikum WBT buat semua kawan-kawan, Alhamdulillah dengan izinNya, kini ros telah selamat pulang ke rumah setelah 22 hari menjalani kehidupan di Hospital, bermula dari 26hb Jun hinggga 16 Julai 2010, 14 hari di wad ICU Aizenbashi Hospital, dan berpindah ke wad biasa di  Hospital Osaka Center 8 hari.

Syukur kerana ros sudah sihat sepenuhnya, namun doktor menasihatkan ros, supaya rehat sahaja di rumah tanpa melakukan kerja-kerja berat, terima kasih yang tak terhingga pada kawan-kawan dan sahabat terdekat yang sentiasa memberi semangat, melalui panggilan telefon dan mesej, tidak lupa juga pada yang meninggalkan komen di entry jintanmanis.com, shoutmix dan juga FB, semua ros baca satu-satu, terharu dan menitik juga air mata ini, tak sangka ramai yang mengambil berat dan kata-kata sokongan dari semua itulah membuatkan ros kuat dan bersemangat mengharungi dugaan ini. InsyaAllah pengalaman sepanjang di hospital akan di coretkan dalam entry berikutnya, dan ros juga akan melawat blog kawan-kawan dalam masa terdekat, rindunya pada semua.

sekarang ni kandungan ros berusia 36 minggu 1 hari, doktor kata mungkin 2 atau 3 minggu lagi, akan sampai masa melahirkan, sepanjang tempoh terdekat ni lah ros kena berhati-hati, supaya tidak berlaku lagi bleeding, semoga dijauhkan...amin...

Berbalik pada jagung rebus, sebenarnya entry jagung rebus ini, sudah ros siapkan sebelum kejadian bleeding tempoh hari, cuma tidak sempat di publish, terima kasih buat Kak Hana ( anak tauke jagung) , atas tips-tips dan resepi yang di kongsikan bersama, seronok tengok cik abe ku makan jagung rebus, berselera je...dalam rumah ni yang makan jagung, cuma hubby ros, ros dan anak-anak, agak kurang....sebabnya....ade peristiwa di sebalik jagung ni, ( masa ros kecik2 dulu) sejak tulah, tak makan jagung rebus...hahahaha....tp klu puding jagung ke popcorn ke buleh pulak makan...pelik kan..: )

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

bahan-bahan ( resepi dan tips asal dari Kak Hana, izinkan ros copy n kongsikan kt sini ya kak )

Jagung - yg masih ade kulit
Garam
Air

Cara-cara

1. Kerat jagung hujung dan pangkal. Buang kulit yg tua dan tinggalkan sedikit kulit yg muda. Jangan tanggalkan semua@botakkan jagung yer! supaya jagung nampak segar dan tak mudah mengecut ketika direbus.
2. Masukkan kedalam periuk dan buh air paras jagung. Masukkan garam.Tak perlu buh gula, sbb kiter inginkan rasa manis jagung yg asli.
3. Rebus juga tak perlu lama. Bila air rebusan sudah kuning matikan api. Jika rebus jagung lama akan mengakibatkan jagung mengecut dan tak rangup!

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

jagung baru keluar dari periuk ni...panas lagi....: )

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

tu jari hubby ros tu, suke je dia tengok bila ade jagung terhidang atas meja

Nota: Kalau naklagi sedap sapukan sedikit butter di atas jagung rebus yang masih panas, lagi lemak rasanya nanti.

 

Kuah Durian

Masakan - Snek/Makanan Ringan

Dah minum petang ke semua tu, hari ni lambat pulak bersiaran, sebab agak sibuk uruskan sesuatu dan makyong ros ni masih lagi kepenatan balik dari Tokyo semalam. Baru je lepas minum petang ni, makan roti dengan kuah durian, sedapnya sampai tak terkata, memang dah lama teringin nak makan durian, tapi kuah durian ni ros tak buat, pemberian dari Kak Aini, bungkus elok-elok dalam bekas bawak balik naik bullet train semalam, memang tebal lah bungkusan bekas tu takut nanti terbau pulak satu bullet train, hihihi. Pada Kak aini terima kasih atas pemberian kuah durian yang sedap dan maveles ni, nak buat sendiri tak reti, tak cukup bahan (alasan). Ade lagi sikit tu, nak buat sarapan esok pulak, makan kena jimat ni. Terima kasih sekali lagi Kak Aini, semerbak satu rumah dengan bau Durian.

- Cerita dan gambar ke Tokyo hari Isnin lepas akan di update kemudian, Tunggu...: )

baru je lepas dipanaskan ni

tengoklah tu pekat je kuah durian ni, tinggal nak ngap je...hheehehee

Nota: Pada semua kawan-kawan yang meninggalkan komen di shoutmix mahupun di entry JMC, insyaAllah ros akan balas dalam masa terdekat, maaf ya lambat reply, nak jalan-jalan ke blog kawan-kawan pun tak sempat ni, rindu pada semua.

 

Lotus Root Chips

Masakan - Snek/Makanan Ringan

Hari tu ros beli renkon ( lotus root) dekat supa, sebab nak buat tempura, tapi ade pulak lebih sikit, terus rasa nak sagat nipis-nipis dan buat ala ala keropok, ros pernah tengok rancangan masakan kt tv jepun ni ade tukang masak tu jadikan lotus roots kerepek, bahan utama tu ros tak ingat sangat, ros pandai-pandai je gaul garam dan goreng, hasilnya tak mengecewakan lah, rangup sangat, anak-anak berebut makan. resepi senang dan ringkas, dekat Malaysia pun ade jual kan akar teratai ni...nanti kalau jumpe boleh try kerepek lotus roots ni ye : )

Bahan-bahanya

1/2 batang lotus roots

1/2 sudu kecil garam

1 cawan minyak masak

Cara-Caranya

1. Kupas kulit lotus roots, dan rendam di dalam air. Kemudian sagat nipis, seperti buat kerepek pisang. Basuh dan toskan, kemudian gaul dengan garam.

2. Panaskan minyak dan goreng lotus root hingga garing, sejukkan dan sedia untuk dihidangkan, sedap dimakan begitu sahaja, anak-anak pasti menggemarinya. Selamat Mencuba.

ni lah rupa renkon ( lotus roots)  yang ros gunakan

baru lepas goreng ni

nipis dan rangup je bila makan

Nota: Masa baru masak renkon chip ni, renkon tidak akan jadi terus rangup, bila dah sejuk sikit baru dia jadi crispy dengan sendirinya. : )

 

Popiah Seaweed Chips

Masakan - Snek/Makanan Ringan

Kalau buat nori ( seaweed) chips ni memang cepatje licin, sambil tengok tv mengunyah, tak sedar dah banyak masuk mulut, terima kasih pada kak Hasue yang berkongsi resepi ni, ros copy dari myresipi, kalau nak buat menu raya pun boleh ni heheeheheh : )

Bahan-bahanye- ikut lah kuantiti yang nak dibuatye.

1 bungkus kulit popiah ( ros guna 10 keping)
1 bungkus besar dried seaweed (ros guna 5 keping)
1 biji telur
2-3 cawan minyak masak utk menggoreng

Cara-cara

1. Pecahkan telur dlm mangkuk kecil dan pukul sedikit menggunakn garfu

2. Sediakan sekeping kulit popiah. Sapu rata telur td di atas permukaan kulit popiah hingga menutupi keseluruhannya

3. Susun dried seaweed di ats kulit popiah yg sudah dsapu telur td dan tutupkan dgn sekeping kulit popiah lg. Ulang langkah yg sama sehingga kulit popiah/dried seaweed habis

4. Gunting kulit popiah yg sudah ber'inti' td mengikut bentuk dan saiz yg dsukai. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng sehingga kulit popiah agak kekuningan.. Angkat dan toskan. Simpan di dalam bekas kedap udara. Selamat Mencuba.

Nota: Ros sapukan telur pada kedua-dua bahagian seaweed, supaya kulit popiah di kedua-dua bahagian terlekat rapi, dan ros goreng agak garing, biar lagi rangup, tak rugi mencuba resepi kak Hasue ni, anda pasti menggemarinya.

 

Masak Keropok Ikan Dalam Microwave

Masakan - Snek/Makanan Ringan

Jom kita cuba masak keropok ikan guna renji ( microwave) senang pun senang, tak guna minyak pun, sesuai lah pada sesiapa yang tengah berdiet tu, actually kan pernah masak papedem jugak guna cara ni, rangup jugak jadinya. Cara ini diperkenalkan oleh Kak Zela aka Alezron di Myr tu, tapi ros copy caranya dari Blog Kak Yani, ape pun terima kasih buat Kakak berdua ni kerana berkongsi satu lagi Alternatif Goreng Keropok Ikan. : ) Di bawah ni cara-caranya,

Sumber asal dari Kak Zela dan Ros copy dari Blog Kak Yani Toke Myresipi , Aku adalah Aku.

Caranya

1. Susun 6 atau 8 keping keropok ikan di atas piring , tekan renji (microwave) 600watt dan setkan 1 minit, jika keropok tebal boleh lebihkan masa 1 minit 30 saat atau sehingga 2 minit. Sedia untuk dihidangkan sungguh rangup dan tidak berminyak.

Nota: Keropok ikan memang sedaplah kan di cicah dengan sos cili, kat rumah ni stok keropok ikan sentiasa je ade, sebab ramai je penggemar nye, makan bihun dengan keropok, makan ikan singgang pun dengan keropok hihihi : )

 
More Articles...
Search
Akses sejak 1/1/2010
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari ini384
mod_vvisit_counterSemalam4769
mod_vvisit_counterMinggu ini5153
mod_vvisit_counterMinggu lepas42732
mod_vvisit_counterBulan ini27705
mod_vvisit_counterBulan lepas161307
mod_vvisit_counterJumlah2652345
Tetamu JM dari..
Jamu mata seketika..