Masakan - Snek/Makanan Ringan

Share

Hari tu ros beli renkon ( lotus root) dekat supa, sebab nak buat tempura, tapi ade pulak lebih sikit, terus rasa nak sagat nipis-nipis dan buat ala ala keropok, ros pernah tengok rancangan masakan kt tv jepun ni ade tukang masak tu jadikan lotus roots kerepek, bahan utama tu ros tak ingat sangat, ros pandai-pandai je gaul garam dan goreng, hasilnya tak mengecewakan lah, rangup sangat, anak-anak berebut makan. resepi senang dan ringkas, dekat Malaysia pun ade jual kan akar teratai ni...nanti kalau jumpe boleh try kerepek lotus roots ni ye : )

Bahan-bahanya

1/2 batang lotus roots

1/2 sudu kecil garam

1 cawan minyak masak

Cara-Caranya

1. Kupas kulit lotus roots, dan rendam di dalam air. Kemudian sagat nipis, seperti buat kerepek pisang. Basuh dan toskan, kemudian gaul dengan garam.

2. Panaskan minyak dan goreng lotus root hingga garing, sejukkan dan sedia untuk dihidangkan, sedap dimakan begitu sahaja, anak-anak pasti menggemarinya. Selamat Mencuba.

ni lah rupa renkon ( lotus roots)  yang ros gunakan

baru lepas goreng ni

nipis dan rangup je bila makan

Nota: Masa baru masak renkon chip ni, renkon tidak akan jadi terus rangup, bila dah sejuk sikit baru dia jadi crispy dengan sendirinya. : )

Share

 

Comments  

 
0 #2 2010-05-19 19:03
Quoting nurindah:
salam ros,
apa khabar? nak tumpang bekfes ni. nampak krup krap plak lotus tu dibuat macam kerepek ya :lol:, kat sini, lotus root wane hijau..

ooo warna hijau ye kak, ros tak pernah pulak nampak kt mesia tu heehe, aah mmg rangup je bila makan, akak klu nampak kt pasar tu boleh beli, try buat, sedap kakkk
Quote
 
 
0 #1 2010-05-19 08:08
salam ros,
apa khabar? nak tumpang bekfes ni. nampak krup krap plak lotus tu dibuat macam kerepek ya :lol:, kat sini, lotus root wane hijau..
Quote
 

Add comment


Security code
Refresh