Kembali Bersiaran dan Jagung Rebus
| Masakan - Snek/Makanan Ringan |
| Share |

Assalammualaikum WBT buat semua kawan-kawan, Alhamdulillah dengan izinNya, kini ros telah selamat pulang ke rumah setelah 22 hari menjalani kehidupan di Hospital, bermula dari 26hb Jun hinggga 16 Julai 2010, 14 hari di wad ICU Aizenbashi Hospital, dan berpindah ke wad biasa di Hospital Osaka Center 8 hari.
Syukur kerana ros sudah sihat sepenuhnya, namun doktor menasihatkan ros, supaya rehat sahaja di rumah tanpa melakukan kerja-kerja berat, terima kasih yang tak terhingga pada kawan-kawan dan sahabat terdekat yang sentiasa memberi semangat, melalui panggilan telefon dan mesej, tidak lupa juga pada yang meninggalkan komen di entry jintanmanis.com, shoutmix dan juga FB, semua ros baca satu-satu, terharu dan menitik juga air mata ini, tak sangka ramai yang mengambil berat dan kata-kata sokongan dari semua itulah membuatkan ros kuat dan bersemangat mengharungi dugaan ini. InsyaAllah pengalaman sepanjang di hospital akan di coretkan dalam entry berikutnya, dan ros juga akan melawat blog kawan-kawan dalam masa terdekat, rindunya pada semua.
sekarang ni kandungan ros berusia 36 minggu 1 hari, doktor kata mungkin 2 atau 3 minggu lagi, akan sampai masa melahirkan, sepanjang tempoh terdekat ni lah ros kena berhati-hati, supaya tidak berlaku lagi bleeding, semoga dijauhkan...amin...
Berbalik pada jagung rebus, sebenarnya entry jagung rebus ini, sudah ros siapkan sebelum kejadian bleeding tempoh hari, cuma tidak sempat di publish, terima kasih buat Kak Hana ( anak tauke jagung) , atas tips-tips dan resepi yang di kongsikan bersama, seronok tengok cik abe ku makan jagung rebus, berselera je...dalam rumah ni yang makan jagung, cuma hubby ros, ros dan anak-anak, agak kurang....sebabnya....ade peristiwa di sebalik jagung ni, ( masa ros kecik2 dulu) sejak tulah, tak makan jagung rebus...hahahaha....tp klu puding jagung ke popcorn ke buleh pulak makan...pelik kan..: )

bahan-bahan ( resepi dan tips asal dari Kak Hana, izinkan ros copy n kongsikan kt sini ya kak )
Jagung - yg masih ade kulit
Garam
Air
Cara-cara
1. Kerat jagung hujung dan pangkal. Buang kulit yg tua dan tinggalkan sedikit kulit yg muda. Jangan tanggalkan semua@botakkan jagung yer! supaya jagung nampak segar dan tak mudah mengecut ketika direbus.
2. Masukkan kedalam periuk dan buh air paras jagung. Masukkan garam.Tak perlu buh gula, sbb kiter inginkan rasa manis jagung yg asli.
3. Rebus juga tak perlu lama. Bila air rebusan sudah kuning matikan api. Jika rebus jagung lama akan mengakibatkan jagung mengecut dan tak rangup!

jagung baru keluar dari periuk ni...panas lagi....: )

tu jari hubby ros tu, suke je dia tengok bila ade jagung terhidang atas meja
Nota: Kalau naklagi sedap sapukan sedikit butter di atas jagung rebus yang masih panas, lagi lemak rasanya nanti.
| Share |


















Comments
bestya nampak jagung tu, sungguh menggiurkan...saya suka baca your blog..bole ke nak add as my fav blog?
btw, get well soon! ;)
btw, get well soon, ye! ;)
saje kasi up sikit rupa jagun tu
ros masak pun tuk hubby, ros tak makan sgt heheeee
salam kakchik, husband ros suke sgt makan jagung rebus, ros tak makan sgt, tp mmg manis n sedap kan kak heheeee
wah kt area umah zana byk jual jagung rebus ya, sure sedap tu, ape lagi nnt beli ek heeheeee, ni entry lama dah ni zana, nnt zana refresh ya, pastu entry terbaru soba pink heheeee
sedap kan alang jagung rebus...
kat jalan ke rumah zana
berlambak2 org jual jagung..
tp tak pernah plak terniat nak beli
masuk sini, tengok jagung rebus alang
terus teringin kat tekak nie...
wah mama, suke jagung ya...sure teringin nak makan jagung dah tu kan, nnt carik ya
salam kak aisha, dah selamat dah kuar spital,alhamdul illah, rindu kt akak lah
RSS feed for comments to this post.